Monday, December 3, 2012

NASIHAT DALAM BERCINTA

السلام عليكم 

Manusia dicipta mempunyai fitrah.Antara fitrah manusia adalah mempunyai perasaan sayang dan ingin memperoleh perasaan sayang,atau yang biasa disebut,mencintai dan ingin dicintai.Sifat sebegini dapat dilihat dengan jelas dalam kehidupan kita.Cinta merupakan sesuatu yang suci lagi indah.Kesucian dan keindahannya itulah yang perlu dipelihara pada setiap masa.


Kali ni ana nak berceloteh sikit tentang cinta antara lelaki dan perempuan ajnabi.Couple?Hmm...nanti2 laa kot...kalau ana mau,InsyaAllah  laa..Kali ni tentang satu bentuk cinta yang suci...yang wujud atas dasar keimanan dan kecintaan kepada Allah.Biasa juga terjadi,apabila lahir perasaan cinta dalam hati seseorang,perasaan itu dipendam.Sebabnya,macam2lah..Nak fokus belajar dulu,tak pasti orang tu berkenan atau tak,nak jaga hati dan macam2 lagi...

Apabila lahirnya perasaan cinta dalam diri seorang insan,adakalanya cinta itu dipendam,adakalanya ia dizahirkan hanya dengan kata2,adakalanya ia dizahirkan hanya dengan perbuatan,dan adakalanya dengan keduanya sekali(kata2 dan perbuatan).Apabila perasaan itu diluahkan,kemungkinan akan berlaku penolakan...tetapi mungkin juga mendapat respon yang sama.Apabila si Adam mengakui cintanya pada si Hawa,dan dia mendapati si Hawa juga turut mencintai dirinya,dan cinta mereka itu adalah cinta kerana Allah,akan timbullah satu persoalan..."kami saling mencintai kerana Allah,tapi Allah redha ke dengan percintaan kami ni?"

Untuk menjawab persoalan ni,ana kata,tentu saja Allah meredhai..Allah menyukai mereka yang saling mencintai kerana Dia.Tetapi,syaratnya...tetap sama.Ajnabi perlu saling jaga batas mereka..Tak boleh langgar2..Caranya mudah,kalau cinta kita pada seseorang kita tidak letakkan atas dasar iman kepada Allah,lupakanlah..Betulkan yang tu dulu..

Tapi,kalau cinta kita itu adalah cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mencintai hanya kerana Allah,maka jagalah,peliharalah cinta itu.Jangan dicemar cinta yang suci sebegitu.Caranya macam mana?Apabila bersembang(tak kira berdepan atau tak),bermesej,berchatting....percakapan kita perlu terjaga dan terkawal...jangan pelik2,bukan2.Hati masing2 pun perlu dijaga..Kalaupun kita ada rancang nak berkahwin dengan si dia,pergaulan antara kita dengan dia tetap perlu dibataskan.Kata Ustaz Hasrizal Jamil,kalau nak bersembang boleh,tapi janganlah sampai nanti lepas kahwin dah tak tau nak sembang tentang apa..Pendek kata,kita perlu jaga...tak kira siapa..

Jikalau percintaan itu berlaku di usia muda,contohnya di sekolah menengah,awal kemasukan universiti...maka hubungan begitu betul2 perlu dijaga..Ada yang berkata,Allah jauhkan kita dari orang yang kita sayang agar perasaan sayang itu akan terus bertambah dan terus subur..Dalam kata2 ini,perkaitannya jelas dengan topik yang dibincangkan sekarang..Ada dua situasi dalam kata2 tersebut.Yang pertama,situasi di mana dua orang yang bercinta kerana Allah terpaksa berjauhan dari sesama mereka...contoh,untuk sambung belajar.Mereka redha..Apabila tempat mereka belajar berbeza,mereka terpaksa berjauhan,perasaan mereka sesama mereka akan terus bertambah selama mana mereka ikhlas kerana Allah.Satu hari nanti,mungkin mereka akan dipertemukan semula...dan manalah tahu,jodoh mereka adalah sesama mereka.Situasi kedua adalah situasi di mana dua orang yang bercinta kerana Allah bersetuju untuk mengurangkan waktu bagi mereka untuk bersembang,bermesej dll...atau mereka akur dengan keadaan mereka yang menyukarkan mereka utk berhubung.Dalam situasi begini,mereka tetap redha dan sabar...kerana mereka tahu,selama mana mereka ikhlas kerana Allah,perasaan mereka tak akan pudar,malah akan semakin bersemarak,biiznillah..Lagi pula,dalam kedua-dua situasi ini,mereka sedar bahawa pentingnya bagi mereka untuk menjaga hati mereka agar tidak diambil kesempatan oleh syaitan dan nafsu dalam percintaan mereka.Mereka tetap berusaha untuk menjaga hati mereka agar iman mereka tidak goyah..

Satu lagi cara yang boleh dilakukan bagi mereka yang bercinta....satu cara mulia yang dipanggil nikah. :)
Ya,jikalau hati sudah tertaut,masing2 sudah mengakui perasaan mereka,cinta yang wujud itu kerana Allah,boleh saja mereka melangkah ke alam perkahwinan.Sebaiknya janganlah tunggu lama2..agar jauh dari zina hati..Syarat berkahwin pada ana ada 3(kalau ada salah betulkan,kalau ada kurang,tambah), iaitu 3S.3S itu adalah Suka,Setuju,Sedia.Jikalau sudah suka,dan masing2 sudah bersetuju,boleh saja mereka berkahwin asalkan mereka bersedia.Sedia macam mana tu?Sedia dari segi (panjang sikit kalau nak terang satu2,ana sebut general jaa) kewangan,perasaan dan tentunya ilmu..Jikalau mereka bercinta di usia muda,caranya tetap sama.Tunggulah sehingga ketiga-tiga syarat ini dapat dipenuhi....kemudian,langsungkanlah pernikahan.Pada masa menunggu itu pula,jagalah hati,perasaan,iman sebaik mungkin..Sebaiknya pernikahan itu disegerakan sekiranya sudah mampu/sudah lengkap pakej 3S ni..Rasulullah menyuruh kita berpuasa sekiranya masih belum mampu bernikah..

Dan sekarang ana ada dua lagi cara terakhir yang boleh diamalkan bagi mereka yang bercinta.

Cara ini boleh diamalkan bukan saja bila nak membuat pilihan bila nak berkahwin,malah bila bercinta,bila nak cari kerja dan macam2 lagi...pun boleh.Cara ini dinamakan solat sunat istikharah.Biasanya,kalau sebut solat sunat istikharah,orang akan fikir seseorang tu ada lebih dari satu calon untuk dijadikan pasangan hidup.Etttt!!Maaf,jawapan tu betul tapi kurang tepat.Sebabnya,solat sunat istikharah ditunaikan atas sebab untuk meminta petunjuk dari Allah mengenai sesuatu keputusan yang kita mahu ambil...tak kira dalam hal apa pun.Kita pun boleh nampak perkaitan antara topik sekarang dengan solat sunat istikharah.Walaupun calon pasangan hidup yang kita temui cuma satu,kita digalakkan mengamalkan solat sunat istikharah.Untuk apa?Untuk  minta petunjuk dari Allah,adakah dia yang kita cintai dengan sepenuh hati,ikhlas kerana Allah itu milik kita?Jikalau Allah menjawab persoalan di hati kita itu,bersyukurlah kerana Dia menjawab..Jangan difikirkan dulu jawapan yang kita bakal terima dari Dia,jangan mengharapkan jawapan yang akan kita terima itu adalah seperti yang kita mahu dan yang penting,bersabarlah menunggu jawapan dari Dia.Janganlah solat sunat istikharah tu cuma sekali...kalau jadikan amalan harian..InsyaAllah,ada hasilnya.

Cara ini pula adalah satu cara yg amat mudah.Tak perlu bersusah payah pun...malah,boleh dilakukan pada bila2 masa jaa..Cara ini dipanggil berdo'a..Yup..Kita pun tahu,do'a itu senjata orang2 Mu'min..So,banyak2kanlah berdo'a..Allah kata,"Berdo'alah padaku,nescaya akan aku perkenankan do'a kalian"..Berdasarkan proses penelitian dan pertanyaan2 yang ana jalankan,berdo'a,meminta pada Allah agar Dia menyatukan kita dengan insan yang kita cintai adalah satu bentuk perbuatan yang dibolehkan...kerana ia membuktikan bahawa kita masih bergantung pada Dia sepertimana seorang hamba bergantung pada tuannya..Asalkan kita menjaga hubungan itu dengan cara yang ditetapkan oleh Allah,InsyaAllah,Dia akan kabulkan do'a kita.Tapi ingat,dalam berdo'a,kita perlu yakin dan berharap padaNya,jangan anggap Dia itu hamba kita,sebaliknya sedarlah bahawa kita adalah hamba2 Dia.

Selain amalan2 yang ana nyatakan ni,jikalau ada lagi amalan lain yang boleh dilakukan,boleh saja kita lakukan..Sebaiknya,istiqamah dalam melakukannya.

Yang penting,kita ingat firman Allah dalam surah An-Nur,ayat 26:
ٱلۡخَبِيثَـٰتُ لِلۡخَبِيثِينَ وَٱلۡخَبِيثُونَ لِلۡخَبِيثَـٰتِ‌ۖ وَٱلطَّيِّبَـٰتُ لِلطَّيِّبِينَ وَٱلطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَـٰتِ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ‌ۖ لَهُم مَّغۡفِرَةٌ۬ وَرِزۡقٌ۬ ڪَرِيمٌ۬ (٢٦
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (26)

Oleh itu,sama2lah kita berusaha untuk menjadi hamba2 Allah yang soleh dan solehah...Tapi,jangan sebab nak kahwin saja ya...Ikhlaskan hati kerana Allah.. :)

Satu lagi,tak salah kalau kita ingat orang yang kita cintai...sebab ingat itu biasa.Kita ingat macam2,ramai orang..Dan tak salah jugak kalau kita rindu orang yang kita cinta.....asalkan rindu itu tak sampai membuatkan kita resah,gelisah apatah lagi bernafsu.Rindu yang sebegitu...boleh membawa kepada zina hati..Rindu perlu dikawal,agar tidak melalaikan kita dari mengingati Allah,Rasulullah dan lain2..
Oh ya,ana terjumpa ni:

"Kalau rindukan seseorang, baca AL-FATIHAH sambil tangan di dada. Dan berzikir kepada Allah dengan niat semoga dia merasai rindu kita padanya"

~ Ustaz Don Daniyal

Sama2 kita berusaha jaga hati dari zina hati ya..Jangan kita biar Iman goyah hanya sebab cinta..Biarlah cinta kita itu kerana Allah.Andai cinta kita memang benar ikhlas kerana Allah,sama2lah kita berusaha pelihara kesucian,ketulusan cinta kita....agar cinta kita sentiasa diredhaiNya.
Apa pun,kita perlu sentiasa ingat,jangan biar ada cinta di dalam hati kita yang melebihi cinta kita kepada Allah dan Rasulullah..


Post ini bukanlah ditujukan hanya kepada siapa yang membaca post ini..Post ini juga ditujukan kepada diri ana,yang menulis post ini sendiri.So,sama2lah kita jadikan post ini sebagai nasihat buat diri kita..
Moga banyak manfaat dari post ini..



السلام عليكم 







1 comment:

  1. Assalamu'alaikum kpd semua yg mmbaca..
    ana minx maaf jika ada perkataan/ayt dlm post ni yg menyakitkan hati sesiapa..harap2 x ada siapa slh fhm apa2..
    klu ada nk tambah apa2 lg brkaitan post ni,silakanlah komen..:)

    ReplyDelete