السلام عليكم
Post kali ni mungkin post terakhir ana buat masa ni..sebabnya ni dah pagi Ahad.Esok Isnin dah start trial SPM kat sekolah ana..3 minggu pulak kan..huhu..Berdebar,risau semua ada..Moga2 kami boleh buat dengan baik sekali..Do'akan kami ya..
Untuk post kali ni,ana nak jawab beberapa soalan dari sahabat ana..Sahabatku,tujuan aku menjawab soalan2mu di sini bukanlah untuk menghina dirimu..Aku juga mempunyai pengalaman yang sama sepertimu..Perkongsianku di sini hanyalah dengan niat untuk menasihati diriku,dirimu dan orang lain yang mungkin pernah,sedang atau akan hadapi sedikit dari situasi yang sama..
Sahabat ana ni banyak diuji dalam hidupnya..Hari tu,dia ada tanya ana,kenapa dia tak mampu menangis lagi dengan apa yang menimpa hidup dia?
Well..sejujurnya,ana pernah alami situasi tu..Sahabatku,ini jawapanku..
Jikalau sebelum ni kita banyak menangis...apatah lagi menangis kerana meminta bantuanNya di saat kita diuji...dan kini,air mata kita sukar untuk mengalir walau hati kita amat sedih,terluka atau ingin menangis,...mungkin ini semua kerana perubahan pada diri kita..
Perubahan itu adalah perubahan yang baik jika tiada tangisan itu bererti kita yang berjaya memujuk diri kita agar tidak banyak menangis...dan kita dapat kuatkan diri..Tapi ingat,jangan sampai tak menangis langsung..Tangisan juga boleh menjadi terapi buat kita..
Perubahan itu adalah perubahan yang negatif jika tiada tangisan itu bererti hati kita keras..Jikalau hati kita keras,bererti kita akan bergerak jauh dariNya..Jangan biarkan itu berlaku..Pintalah moga bukan itu yang berlaku pada kita..Tetapi dari situ juga kita menjadi orang2 yang berjaga-jaga..Kita pasti akan sentiasa berusaha untuk menjaga hati kita,diri kita agar tidak jauh dariNya..Pintalah padaNya agar Iman kita sentiasa dipelihara dan Taqwa kita sentiasa teguh padaNya..Pintalah agar Dia melembutkan hati kita untuk kita menangis saat kita memerlukan tangisan itu..
Kita pinta dan kita berusaha..
Para pembaca sekalian,
marilah sama2 kita muhasabah diri kita,cari kesalahan pada diri kita dan usaha untuk padamkan semua kesalahan itu..Kadangkala kita terasa dekat denganNya..sedangkan kita jauh sekali dariNya..Mohonlah keampunan dariNya..Marilah kita sama2 berusaha untuk berhijrah menjadi hamba2Nya yang lebih baik di mata manusia dan di pandanganNya..Moga kita kan menjadi orang2 yang dekat denganNya..Aamiin..
Pernah sahabat ana sebutkan bahawa hati dan jiwa ana dah terdidik dengan didikan agama yang utuh manakala dia baru memulakan perjalanannya dalam mencari ilmu agama..
Kata2 ni buat ana rasa hina dan kerdil sekali..
Sememangnya kita tahu,ilmu agama itu perlu dicari..Tapi,bukan hanya ilmu yang menjadi matlamat sebenar kita..Kita mencari ilmu agama untuk mengenal agama...mengenal Islam yang sebenar..untuk mengenal Dia yang memiliki segala ilmu..
Sahabatku,mungkin ilmu agamaku lebih darimu...tapi semua ilmu itu tiada gunanya jika tidak diamalkan..Aku masih lemah..Aku masih mencari kekuatan untuk aku terus berhijrah kerana aku ingin menjadi Muslim yang soleh...bukan hanya insan biasa..
Aku memandangmu sebagai seorang insan yang berilmu..Walaupun mungkin bagimu ianya cuma sedikit...bagiku kesan dari ilmu itu amatlah besar..Sejujurnya,aku memandang tinggi juga padamu..
Janganlah kau lakukan kesilapan yang telah aku lakukan..Aku pernah percaya pada yang betul,tetapi perlakuanku salah sama sekali..Kini,aku berusaha untuk memperbetulkan kesalahan dalam perlakuanku itu..Permulaannya adalah dengan pergi padaNya..
Janganlah engkau katakan dirimu hina....kerna pada pandanganku,engkau mempunyai keindahan yang amat menyejukkan mata dan hati insan lain..Keindahan akhlakmu bisa menjadi pedoman dan tunjuk ajar bagi insan2 lain..Jahilnya kita,hinanya kita...kita tahu..Dan sebab kita tahulah,kita mengorak langkah untuk memulakan proses penghijrahan kita..
Sahabatku,senyuman yang ikhlas datangnya dari hati...kerna senyuman itu menunjukkan perasaan di hati.Kadangkala kita senyum semata-mata kerana tidak mahu membuat orang2 yang kita sayang risaukan keadaan kita..Biasa jugak aku berbuat begitu..Namun,ingatlah...ayuhlah,kita sama2 berusaha untuk menyucikan hati kita,menguatkan Iman kita agar kita bisa untuk sentiasa tersenyum dalam suka dan duka..Ayuhlah kita berusaha untuk memastikan senyuman di wajah kita timbul dengan keikhlasan...yang melahirkan kemesraan.Itu adalah senyuman yang amat bermakna bagi setiap insan..
Ingat,kita berusaha dan berdo'a..Moga2 kita berjaya..Aamiin..
Maafkan ana jika ada yang masih kurang puas hati dengan jawapan ana...mungkin ada yang tak cukup lagi ke..Atau mungkin ada yang kurang faham kata2 ana kat atas ni..Kalau ada pertanyaan,boleh jaa komen..Jangan malu2...In Shaa Allah,ana akan jawab bila ana boleh..Kalau ada nak tambah lagi pun boleh..Sila komen.. :)
Peringatan untuk kita semua:
Setiap insan perlukan teman...biarlah seorang rakan,sahabat ataupun teman,dia memerlukannya..Peliharalah hubungan kita dengan semua orang..Biar orang tu suka atau bencikan kita,kita berusahalah untuk melayan mereka dengan sebaik mungkin..Sama2 kita berusaha..
Tu saja dulu untuk post kali ni..In Shaa Allah,kita jumpa lagi di medan blog ni di lain waktu..
Saturday, August 17, 2013
Saturday, August 10, 2013
POST SELEPAS RAMADHAN
السلام عليكم
Alhamdulillah!!Lepas lama dah tak blogging,kali ni dapat jugak blogging kejap..Miss me?hehe..
Well,mungkin dah agak terlambat tapi ana nak ucap jugak..
~Selamat Menyambut Aidilfitri Mubarak 1434 Hijrah~
:)
Ana harap semua pelawat,pembaca blog ana sihat2,OK2 jaa..
Dalam ana blogging kali ni,ana nak sampaikan mesej sikit pada seorang sahabat ana..Ana cuba hantar mesej melalui e-mel ada masalah pulak dengan sistem..harap2 dapat laa hantar..buat masa ni,ana sampaikan mesej kat sini dulu..Sahabat,kalau boleh,nanti balas di sini and mungkin lepas tu kita boleh mudah berhubung..
> Sahabat,maafkan aku andai perkara yang berlaku antara kita buat dirimu sedih..Apa2 pun,aku ingin kau kuat..Jangan sesekali berputus asa...jangan walaupun sekejap.Aku fikir,sekarang ni mungkin engkau dah tahu apa engkau patut buat..Cuma kali ni,lebihkan usaha ya..Aku harap engkau faham keadaanku sekarang..Ingat semua pesanan,nasihat aku padamu..Jangan lupa..
Kuatkan diri..Engkau perlu banyak bersabar dan jangan mintak perkara buruk untuk berlaku..
Aku harap engkau tak akan lupakan aku..In Shaa Allah,lepas SPM tahun ni,things will be a lot easier..
Aku faham keadaan,perasaan engkau..Kuatkan diri,banyakkan usaha,banyakkan berdo'a ok?Yakin dengan Allah,berharap dalam berdo'a pada Dia.. <
Bukanlah aku insan yang memutuskan hubungan,silaturrahim,jalinan dengan sesiapa pun...kerana aku tahu apa akibatnya..Aku ingat akan amaran Rasulullah tentang hal ini..Pasti bodoh jika aku putuskan hubungan tak kira dengan siapa pun..Ingatlah wahai pembaca,seburuk mana layanan orang pada kita,kita cuba layan mereka dengan baik..Jangan buang orang yang masuk dalam hidup kita dari hidup kita..Kita tak boleh buang syaitan yang sememangnya sebahagian dari hidup kita kan?Tapi kita benci syaitan kan?Macam tu laa kita dengan manusia..Benci atau sayang,kalau dah sebahagian dari hidup kita,jangan kita buang macam tu jaa..
Dalam menghadapi Ramadhan tahun ni,pelbagai ujian datang melanda..mungkin Dia benar2 ingin menegur khilaf pada diriku ini..Ana harap,Ramadhan kali ni menjadi titik perubahan pada diri kita,titik permulaan hijrah kita untuk menjadi hamba2Nya yang soleh dan solehah..Aamiin..
Ya Allah,ampunilah segala dosaku,dosa kedua ibu bapaku,dosa semua orang yang ku sayangi dan dosa semua orang yang disayangi oleh mereka yang ku sayangi..kuatkanlah keimanan kami padaMu dan teguhkanlah ketqwaan kami padaMu..Jadikanlah kami hamba2Mu yang soleh dan solehah..Bimbinglah kami dalam setiap langkah kami..Peliharalah hubungan silaturrahim antara kami..Bagi orang2 yang kami sayangi dan orang2 yang disayangi oleh mereka yang kami sayangi...yang telah pergi meninggalkan alam dunia ini,Engkau jadikanlah kubur mereka sebagai taman syurga bagi mereka...bukanlah lubang dari lubang2 neraka..Berkatilah kami semua..Jadikanlah kami semua penghuni syurgaMu,bukanlah penghuni nerakaMu..
Aamiin..Ya Rabbal 'alamin..
Trial SPM kat sekolah ana mula 19 Ogos nanti...Do'akan kejayaan kami yang nak hadapi UPSR,PMR dan SPM ya..

Subscribe to:
Posts (Atom)