Thursday, January 16, 2014

TANGISAN DALAM PERJUANGAN

Andai kau menangis kerana aku
Izinkan aku untuk hilangkan tangisanmu
Andai aku tiada daya untuk melakukannya
Maafkanlah aku
Kesatlah airmatamu
Usah biarkan ia menitis lagi..

Tangisanmu itu
Membuatku berduka
Kerna memikirkan
Aku penyebabnya..

Aku ingin melihat
Kau tersenyum lagi
Tanpa punya duka di hati

Aku ingin melihat
Kau ceria dan gembira lagi
Aku tahu,
Kedukaan itu sebahagian dari kehidupan
Namun aku juga inginkan kegembiraan
Bukan hanya untuk diriku
Tetapi untuk semua yang aku sayangi
termasuk dirimu..

Teruskanlah perjuanganmu
Usah biar dirimu lemah
Dengan semua badai yang menguji
Kuatkanlah hatimu
Tabahkanlah jiwamu..

Janganlah engkau risau
Selagi aku terdaya
Aku kan sentiasa di sampingmu
Untuk berjuang bersamamu..




Friday, January 3, 2014

BENCI VS CINTA

السلام عليكم 

Ana selalu kata,"Berusahalah untuk menjadi rakan,sahabat dan teman yang baik untuk orang lain"


Fitrah manusia memerlukan teman..Teman mengisi kehidupan seseorang manusia dengan pelbagai corak.
Kita tak boleh nafikan..Sekeras mana pun kita menegaskan bahawa kita boleh hidup tanpa teman,kita tak boleh menafikan hati dan jiwa kita....fitrah yang ada pada kita..

Kita pasti mahu mencari rakan,sahabat dan teman yang terbaik buat diri kita...betul tak?
Kerana teman yang begini akan mencorak kehidupan kita dengan penuh keindahan..Kerana teman sebegini akan membawa kegembiraan dan ketenangan jiwa kepada kita....

Rasulullah telah memberitahu kita satu kepentingan memilih teman yang baik..Baginda telah berpesan, "Agama seseorang itu adalah bergantung pada rakannya..Maka,lihatlah dengan siapa dia berteman.."
Pilihlah teman yang baik dan yang terbaik buat dirimu..Teman yang boleh kamu bergerak seiring dengannya dalam perjuanganmu..Seorang teman pasti akan sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada kamu untuk terus berjuang dan tidak mengalah..

Berusahalah sebaik mungkin untuk memahami teman kamu,menghormati teman kamu dan menyayangi teman kamu....kerna dengan itu,engkau juga bisa menjadi seorang teman buat dirinya..
Andai dia tidak sedar akan sifat kamu itu,janganlah kamu berputus asa...janganlah kamu hampa dengannya..
Lahirkan rasa sayang kamu pada dia dengan ikhlas..Teguhkanlah rasa sayang itu dengan keimanan
Sesebuah hubungan itu jikalau dibina atas dasar Iman..pasti ia akan kukuh.Jika hubungan itu terjalin begitu sahaja...maka hiasilah ia dengan benih keimanan..Moga ketaqwaan menjadi hasil semaian dari hubungan itu.

Andai dia terlupa bahawa kamu juga seorang teman untuknya,janganlah kamu kecewa..Ingatkanlah dia..Teruskan usahamu untuk menjadi teman yang baik untuk dia..Jangan pula kamu bertindak menghancurkan hubungan yang telah dibina..Segarkanlah ia semula....dengan bibit-bibit cinta dari cintaNya..



Macam mana pulak kalau sahabat kita tu menjadi orang yang benci kita?
Jawabnya,

Siapa yang menjadi puncanya?Fikirkan dahulu..Adakah kerana kamu berbuat salah pada dia?Jika ada walau sedikit,pintalah kemaafan dari dia..Jikalau tiada sekalipun,pintalah kemaafan darinya kerna mungkin kita telah menyakitinya tanpa kita sedar,kerna mungkin dengan cara itu,dia akan lihat keikhlasan pada diri kita..
Jikalau dia menjadi tanpa dia mengetahuinya,janganlah biar dia tahu akan hal itu..Maafkanlah dia dengan sepenuh kemaafan,dengan rasa sayang..

"Sometimes your best friend can be your worst enemy"
Pernah dengar ni?Ayat ni terngiang-ngiang dalam kepala ana berapa lama dah..Rasa pernah dengar..
Sebab itulah penting untuk membina sebuah hubungan itu dengan perasaan kasih dan sayang..Elakkan dirimu dari menjadikan sahabat kamu sebagai  musuh ketat kamu..Jangan hilangkan keikhlasan kamu dalam berhubungan dengannya..


Satu nasihat dari ana,

Ana selalu kata,
Biarlah kita dibenci,tapi janganlah kita membenci..
Kalau orang yang rapat dengan kita benci kita sekalipun,jangan kita benci dia..
Jangan kita biar rasa sayang kita pada orang lain hilang...apatah lagi dengan orang yang rapat dengan kita..
Kita perbaikilah diri kita selalu....agar tiada lagi yang membenci kita dan agar Allah tidak membenci kita..
Jika kita membenci orang lain,biarlah atas sebab yang tepat..jangan alasan yang remeh kita katakan tepat..

Ingat satu pesanan Sayyidina Ali,
"Selemah-lemah manusia ialah manusia yang tidak dapat mencari sahabat...dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang tidak menghargai sahabat yang dia telah ada"


Benci vs Cinta
Jangan biar benci menang..Kuatkan rasa cinta.....moga diri dicintaiNya




Fikirkan,post ni bukan saja ana tulis mengenai persahabatan..ana tulis mengenai hubungan kita sesama manusia..  :)