Tuesday, October 30, 2012

HAKIKAT UJIAN

السلام عليكم 


Baru sekarang ana sedar,setiap post yang ana tulis tetang ujian dalam blog ana ni...adalah berkaitan ujian yang mungkin ramai orang anggap sebagai musibah.So,kali ni,ana fikir,ana nak jelaskan tentang hakikat ujian.
Sebenarnya,kalau kita fikir2kan semula,kita diuji setiap saat kita hidup.Selagi kita bernafas,kita diuji.Tidak kira sama seseorang itu seorang Muslim atau kafir,dia tetap diuji oleh Allah.Didalam Al-Qur'an,dalam surah Al-'Ankabut,ayat 2 dan 3,Allah berfirman yang bermaksud:
 Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (2) Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (3) 
Kedua ayat ini jelas menyatakan bahawa setiap manusia akan menerima ujian dari Allah.Ujian mempunyai pelbagai bentuk.Cuba kita fikirkan semula,pada saat ini,kita sedang bernafas,membaca dan melakukan pelbagai macam aktiviti.Bukankah ini semua ni'mat Allah kepada kita?Kita yang dilahirkan dalam agama Islam,hidup dengan agama Islam sebagai pegangan kita...bukankah ini ni'mat yang cukup besar yang Allah berikan pada kita?Ni'mat hidup sahaja sudah cukup besar.Ini semua sebenarnya adalah sebahagian dari ujian yang Allah berikan kepada kita.Dia ingin melihat sama ada kita akan bersyukur dengan ni'mat yang Dia berikan.Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah,ayat 152 yang bermaksud:
Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). (152)
Dia telah mengingatkan kita supaya bersyukur dengan segala ni'mat yang Dia berikan kepada kita.Namun,jikalau kita renungkan semula,kita seringkali lalai,leka dengan segala ni'mat yang kita dapat.Moga kita boleh bersama membuang sifat2 sebegitu dari dalam diri kita dan jauhkan diri kita daripadanya.

Seterusnya,kita ke bahagian ujian yang dikatakan sebagai musibah pulak.
Ini ana ambil dari majalah solusi,isu nombor 19,tahun 2010 :
Terdapat 3 jenis musibah(walaupun pada hakikatnya musibah itu sama sahaja).3 jenis musibah ini adalah berbeza disebabkan keadaan diri yang menerimanya dan bagaimana dia bertindak ketika menghadapi muisbah tersebut.
1-Kaffarah
   Musibah yang berlaku ke atas orang2 yang baik yang ketika itu dia terlanjur melakukan kejahatan kerana kelalaian dan tidak mampu menahan hawa nafsu.Musibah ini adalah untuk menebus semula kesalahannya itu dan untuk menghapuskan dosanya itu.Ringkasnya,kaffarah adalah ujian untuk orang baik yang terbuat jahat
2-Bala
   Satu bentuk ujian yang dikenakan ke atas orang jahat yang melakukan kejahatan..Musibah yang menimpanya adalah sebagai hukuman dari Allah atas perbuatan jahatnya.
3-Ibtila'
   Musibah yang dikenakan ke atas orang baik yang melakukan kebaikan..Musibh yang menimpanya ini adalah tanda kasih sayang Allah kepadanya.Dengan ibtila',orang itu akan mendapat pahal berganda dan ditinggikan darjatnya di sisi Allah.Antara mereka yang mendapat ibtila' ini ialah para anbiya',siddiqin,syuhada' dan solihin.
Maaflah...untuk bahagian yang ana petik dari majalah solusi ni,ana nak sertakan dalilnya sekali,tapi tak berkesempatan(ada hal lain pulak)..Asif jiddan..

Dan ana ingin minta maaf jugak...kerana buat masa ni,ni saja yang dapat ana nyatakan dahulu.Mungkin banyak lagi hakikat ujian yang boleh diterangkan,tetapi masa kurang mengizinkan..Idea pun kurang ni.. :P
Actually,bab masa,idea,ana OK lagi,ana boleh fikirkan dulu,cari masa dulu..Tapi,exam season tak tamat lagi.so,kena study laa..hehe
OK..Tu saja dulu untuk post kali ni..Asif jiddan


Friday, October 26, 2012

BUAT SEMUA SAHABATKU

السلام عليكم 

Wahai sahabatku,
Apa khabar engkau di sana?Moga engkau sentiasa dalam peliharaan Allah.. Aamiin
Sudah sekian lama kita tidak saling bersua,berbicara..Namun,tidak pernah terdetik dalam hatiku untuk melupakanmu...apatah lagi meninggalkanmu sendirian.Setiap detik dan kenangan yang telah kita lalui,alami bersama...tidak akan aku lupakan..InsyaAllah

Wahai sahabatku,
Ingin aku peringatkan padamu, hidup kita adalah dengan pergantungan kepada Allah.Setiap sesuatu yang berlaku di dunia ini...semuanya adalah atas kehendak,ketentuanNya.
Tidak dinafikan lagi,setiap manusia akan menerima pelbagai bentuk ujian dariNya...tanpa mengira siapa dirinya.Adakalanya,ujian yang Dia berikan kepada kita...terasa amat berat untuk kita tanggung.Tetapi,Dia telah memberitahu kita bahawa Dia tidak akan menguji seseorang dengan ujian yang berat sehinggakan dia tidak dapat menanggungnya.Oleh itu,tika mana dirimu diuji,ingatlah...semua ini adalah satu bentuk ujianNya pada kita.Mungkin juga ini caranya Dia menegur kita atas kelalaian kita.Ingatlah tika mana dirimu diuji,hanya Dia yang boleh membantu kita.Walaupun pada pandangan kita,mungkin makhlukNya yang membantu kita...tetapi yakinlah dengan hatimu,Allahlah yang menjadi penolong sebenar kita.Oleh itu,walau apapun yang berlaku,carilah Dia..Ingatlah Dia...sebelum engkau pergi pada makhluknya...walaupun sebentar,walaupun sedikit..Kerana itulah yang membuktikan bahawa dirimu adalah hambaNya.Janganlah sesekali engkau berputus asa dengan rahmat dan kasih sayangNya.Ingatlah,Dia masih membenarkan kita untuk terus hidup pada saat ini...kerana dia ingin memberi kita peluang untuk terus berusaha untuk menjadi hamba2Nya yang soleh/solehah.


Wahai sahabatku,
Mungkin pada pandanganmu,aku ialah seorang yang kuat,tabah menghadapi ujian hidup.Mungkin pada pandanganmu,aku tidak lemah menghadapi segala ujianNya.Tetapi,pada hakikatnya,aku hanyalah seorang manusia...yang lemah.Aku juga bisa tewas saat ujian mendatang.Aku juga bisa menjadi sepertimu...menangis apabila sesuatu ujian menimpa diriku.
Satu nasihat dariku...buat penghayatan kita bersama.. 
Walau apa pun yang menimpa diri kita,yakinlah,ada hikmah yang tersembunyi di sebalik semua itu.Mungkin ianya perkara yang menyakitkan,mungkin juga ia indah sekali...apa yang pasti,hikmah di sebaliknya juga pasti indah...kerana semua yang berlaku adalah atas kekuasaanNya,kehendakNya..Marilah duhai sahabat,kita berusaha dan terus berusaha untuk mencari segala hikmah di sebalik setiap perkara yang berlaku pada kita.InsyaAllah,ia akan membantu kita untuk terus kuat dalam menghadapi hidup ini..Moga Allah akan sentiasa bersama kita,membimbing kita sepanjang hidup kita..Aamiin

    sama2lah kita semaikan kata2 nasihat ini di dalam hati kita dan ber'amal dengannya

Wahai sahabatku,
Aku tidak sesekali meragui kesetiaanmu,ketulusanmu dalam bersahabat denganku.Moga ukhuwah yang terbina antara kita...kan kekal selamanya...hingga ke syurgaNya.Aku harap,engkau tidak kan lupa akan aku..Aku harap,kita kan bisa bertemu lagi suatu hari nanti...untuk kita terus mencipta kenangan bersama.Maafkanlah segala kesalahanku terhadapmu...selama mana kita berteman.Do'akanlah aku duhai sahabat..InsyaAllah,aku akan sentiasa berdo'a untukmu...untuk kita.

buat seorang temanku,cik KS,tunggulah aku..InsyaAllah,I'll be there.. :)

Ya Allah,Engkau peliharalah ukhuwah yang telah terbina antara kami.Sesungguhnya,Engkaulah yang telah menetapkan pertemuan kami.Janganlah Engkau pisahkan kami sesama kami..
Ya Allah,Engkau jadikanlah cinta yang wujud antara kami...sebagai cinta yang ikhlas hanya keranaMu..
Ya Allah,Engkau jadikanlah kami hamba2Mu yang soleh dan solehah..Moga kami sentiasa berada di bawah payung redhaMu..
                                                  Aamiin Ya Rabbal 'Alamin






                                     Duhai sahabat, aku merinduimu

ALHAMDULILLAH

السلام عليكم

Apa khabar semua pembaca,pelawat blog ni?Moga semua dalam keadaan yang baik..
Alhamdulillah,setelah berbulan ana tak dapat akses ke blog ni(tak dapat sign in),kali ni dapat jugak..
Alhamdulillah,Dengan bantuan Allah,ada jugak caranya...dan sekarang,ana dah dapat balik akses ke blog ni..
So,lama jugak dah tak menulis/menaip sini...rindu pon ada..
InsyaAllah,cuti sempena sambutan 'Aidil Adha ni...ana akan cuba untuk kongsi seberapa banyak maklumat yang boleh..Tapi ana perlu beritahu awal-awal,cuti tak panjang so mungkin tak banyak yang boleh ana kongsikan..
Tambah pulak,sekarang ni musim periksa.So,kena study jugak,kan?Apa pun...InsyaAllah,ana akan cuba untuk perbanyakkan semula perkongsian ana selepas tamat peperiksaan..
Buat semua kawan-kawan,sahabat-sahabat,teman-teman yang turut sama menghadapi peperiksaan ,    sama-sama kita berusaha,buat yang terbaik ya..Kita cuba dapatkan keputusan yang baik untuk peperiksaan ni.
Moga Allah membantu kita untuk mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan kali ni.Aamiin..
Dan buat semua Muslimin dan Muslimat yang melawat blog ni,selamat meraikan 'Aidil Adha.. :)

Sebuah lagu buat penghayatan kita semua..juga buat semua yang melawat blog ni...