Tuesday, November 27, 2012

RENUNGAN PAGI

السلام عليكم 

Agak lama dah tak menaip untuk pengisian blog ni..So, type3.. hehe

Untuk renungan di pagi rabu ni, let's ask ourselves one question..
Pernah tak kita mengaku kita ni bodoh??
Agak kasar bunyinya kan?Tapi kalau kita fikir2kan,sometimes we have to be harsh,tough to ourselves..Meh kita fikir meh, kalau orang kata kita bodoh...atau panggil kita dengan panggilan bodoh, kita marah kan?Kita tak suka kan?Hakikatnya,sifat kurang pintar atau bodoh(dalam bahasa kasarnya) adalah satu sifat yang tak lari dari diri kita.Allah yang menjadikan kita pintar,cerdik,pandai...dengan apa?Dengan ilmu..
Salah satu nama Allah adalah العليم  yang bermaksud Yang Maha Mengetahui..
Allah mengurniakan manusia dengan akal untuk membantu manusia berfikir...lantas meningkatkan daya berfikir dan pengetahuan kita.

Malangnya,kadangkala kita lupa.Kadangkala kita tak mahu ambil tahu.Itulah yang menjadi kelemahan kita dalam menuntut ilmu.Ilmu bukan saja boleh diperoleh dari kitab2,syarah2 guru2 atau sheikh2, malah pengalaman juga menjadi sumber kita memperoleh ilmu.Sebab itulah kita mengatakan bahawa pengalaman mematangkan kita.Musibah mengajar kita.Di sebalik setiap perkara yang berlaku,pasti ada hikmahnya yang tersendiri..Mungkin kita boleh terus tahu apa hikmahnya dan mungkin juga kita memerlukan masa untuk berfikir, mencari, merenung hikmah di sebalik sesuatu.

Saat kita menjadi benar2 bodoh adalah ketika mana  kita melakukan perkara yang dimurkai, dibenci Allah...sedangkan kita tahu, perlakuan maksiat hanya akan merugikan kita..Jikalau kita tahu bahawa sesuatu perbuatan itu adalah perbuatan maksiat, tetapi kita tidak berusaha menjauhkan diri darinya, malah kita turut sama melakukannya,...di saat itu kita telah menjadi benar2 bodoh.Bodoh kerana kita mengambil keputusan untuk mengabaikan undang2 Allah, menolak tepi peraturan2 Allah...sedangkan kita tahu kita tak sepatutnya berbuat sebegitu..

Sama2lah kita berdo'a dan berusaha agar kita tidak termasuk dalam kalangan orang2 yang sebegini bodoh agar kita tidak mengalami kerugian dalam kehidupan di dunia ini dan akhirat nanti.Moga kita kan menjadi hamba2Nya yang soleh dan solehah.. Aamiin..

Semua ni hanyalah sekadar pendapat ana sendiri.Kalau ana ada tersilap,tegurlah ya..Maafkan ana jika ana ada terkasar bahasa dalam menyampaikan renungan pagi ni..Sometimes,we have to say things straight to the point so that the message will surely spread..And sometimes, the truth may taste bitter, but in the end we'll find the sweetness hidden in the bitterness..

I guess that's it for now.Moga renungan pagi ni membawa kita ke arah yang lebih baik dan positif.

السلام عليكم 

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN F4

السلام عليكم 

Lebih kurang pukul 3 pagi tadi(kalau tak salah,tak tengok sangat jam),ana bukak laman web SAPS...nak tengok keputusan peperiksaan akhir tahun..Alhamdulillah,ada jugak peningkatan pada beberapa subjek..But still, overall, ana sendiri sedih dan kecewa dengan keputusan peperiksaan tu.Sebabnya, keputusannya bagi ana taklah cemerlang walaupun ada yang elok..Tapi, yang kurang elok,tak elok tu ada jugak..Hmm..apa pon,ana bersyukur jugak dengan keputusan tu..Ana terima dengan redha..Lagipun,keputusan tu ana rasa memang dah padan sangat dengan usaha yang ana ambil.Pepatah Arab kata,  من جد وجد (Man Jadda Wajada)...yang bermaksud "Siapa yang berusaha,dialah yang mendapat hasilnya". Hasil tu mestilah sepadan dengan usaha seseorang tu..So,disebabkan usaha ana sendiri yang kurang(mungkin kurang benor), keputusan yang ana dapat untuk peperiksaan ni kira matching sangat dah laa..Well, i can't blame anyone but me..


So, pengajarannya dari sini, if you want something, go for it..But think of what you're trying to achieve..Is it good or bad?Because achieving a good thing is much2 better than a bad thing..And think of the steps you're taking to achieve that goal..If the road to your goal is full of good things, InsyaAllah, the results will be a good satisfaction for you..

And, pengajarannya bagi diri ana ni, "berusahalaa sebaik mungkin...jangan tunggu nanti, ambil langkah awal untuk lebih maju.Usaha, Do'a dan Tawakkal..Ingat tu..Tiga yang perlu ada..Pada masa yang sama, cari redha Allah.Kejayaan yang tak dipandang,tak diredhai Allah ada guna ke? Tak ada..
So,berubahlaa...Tahun depan nak SPM dah..Tak boleh main2 terlebih dah..Change..Be a better person,better Muslim...InsyaAllah,you'll be successfull.. :)  "

OK!!
So,apa yang boleh kita ambil sebagai pengajaran dari post ni,kita ambil laa ya..


السلام عليكم 


Tuesday, November 13, 2012

MA'AL HIJRAH 1434 HIJRAH

السلام عليكم

Pada waktu Maghrib nanti,kita akan sambut tahun yang baru dalam hidup kita.So,ana nak ucapkan 
"Selamat Menyambut Ma'al Hijrah" ,tahun baru buat semua umat Islam.Menyambut awal Muharram bersama.
Semoga tahun yang akan datang ini akan jadi titik permulaan sebuah hijrah yang agung dalam diri kita,dalam kehidupan kita..Hijrah ke arahNya..Strive For Mardhatillah..Kita berjuang bersama-sama..
Moga Allah beri kita kekuatan dan keikhlasan dalam hijrah kita agar hijrah kita hanyalah semata-mata keranaNya.
Moga kita akan menjadi hamba-hambaNya,Muslimin dan Muslimat yang lebih baik dari sebelum ini,lebih baik dari sekarang,yang soleh dan solehah
Moga Allah mengkabulkan do'a-do'a kita,menerima taubat,ibadat dan hijrah kita 

Aamiin Ya Allah,Ya Rabbal 'Alamin




New Year,New and Better Us...InsyaAllah
:D

LESSONS FROM LIFE

Life taught us to struggle to be successful in our life
Hardship taught us to be tough
Sports taught us to be physically and mentally strong
Study taught us to be smart
Parents taught us to be good people
Marriage taught us about responsibility
Rasulullah taught us about good manners(Al-Adab)
Al-Qur'an and As-Sunnah taught us about the true way of life
Iman(Eeman) taught us about obeying Allah
Taqwa taught us to fear Allah's wrath
Allah wants us to be among the greatest,successful,best people,the soliheen
So that we can be in Jannah in the hereafter(Akhirah)
And for that purpose,He bless us with Islam
Islam taught us to be successfull in the dunya(this life) and the akhirah(hereafter)

p/s:If anyone would like to add some more phrases to this post,be my guess..comment..:)

TEGUR-MENEGUR

السلام عليكم

Kali ini,ana nak sentuh sikit tentang satu perkara yang berkaitan dengan da'wah iaitu teguran.

Ana nak sentuh mengenai dua pihak dalam sesuatu proses teguran...iaitu pihak yang menegur dan yang ditegur.

Pihak yang menegur 


Mari kita fikirkan semula,bagaimana boleh wujudnya pihak ini?Apa sebab mereka ini menjadi pihak yang menegur?


Jawapan yang boleh ana berikan adalah mereka ini ialah mereka yang memahami sifat manusia yang mudah lupa dan lalai.Oleh itu,mereka menegur untuk mengingatkan manusia pada Allah dengan kebenaran.

Mereka ini juga ialah mereka yang mempunyai sifat penyayang kerana mereka mengerti bahawa orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara.Sifat kasih sayang pada diri mereka mendorong mereka untuk saling menegur.
Tetapi,satu perkara yang hanya segelintir sedar akan perkara ini adalah mereka yang menegur ini hanya berniat untuk menegur dan pada masa yang sama,mereka mengharapkan sebarang kesalahan yang mereka lakukan juga akan ditegur tak kira sama ada semasa mereka menegur atau tidak.

Pihak yang ditegur


Sekali lagi,mari kita fikirkan,bagaimana boleh wujudnya pihak ini?Apakah sebabnya mereka ditegur?


Jawapan yang ana boleh berikan adalah mereka ini adalah terbukti manusia...kerana mereka mudah lupa dan mudah melakukan kesalahan.Mereka ini juga adalah golongan yang dirisaukan jauh dari Allah.Maka dengan itu,mereka menjadi pihak yang ditegur.



Pada zaman ini,banyak yang kita boleh lihat adalah...pihak yang menegur dan ditegur....kadangkala saling membenci,tidak bersepakat,saling mencari kesalahan pihak masing-masing.Ini semua tak sepatutnya berlaku.Apabila ada pihak yang menegur,pihak yang ditegur perlu memikirkan kebenaran yang terdapat di sebalik teguran itu dan cari hikmah di sebalik apa yang berlaku.Kita tidak boleh hanya melihat pada si penyampai,kita juga perlu lihat pada isi penyampaiannya.Tetapi,kita perlu turut berhati-hati dengan si penyampai dan isi penyampaian sesuatu teguran kerana kita perlu bijak mengenali mana yang benar,mana yang bohong.


Tidak salah jika yang ditegur memberi teguran kepada yang menegurnya..Kerana yang menegur itu juga manusia..Manusia mempunyai kelemahan.Dan pihak yang ditegur juga perlu menerima teguran dari orang yang menegur apatah lagi sekiranya teguran yang diberi itu mempunyai kebenaran padanya.


So,bagi kita semua yang ada sifat macam ni,yang bagus tu baguslah,yang tak bagus tu kita sama2 cuba baguskan ye...:)

Maaflah ana tak boleh tulis banyak sangat..Banyak jugak tak ingat apa yang nak ditulis..hehe..

Oh ya..satu lagi..

Teguran yang kita berikan tu janganlah kita hanya berikan pada orang lain,tetapi kita lupa tegur diri sendiri..tak boleh laa macam tu..Play fair...berikan teguran untuk perkongsian kita bersama..:)

السلام عليكم

INDAHNYA SEBUAH JALINAN

Hadirmu dalam hidupku
Tanpa ku sangka
Memulakan sebuah episod yang baru 
Dalam hidupku

Mungkin pada mata orang lain
Kau sama seperti mereka
Tetapi pada mataku,
Engkau berbeza dengan mereka
Engkau mempunyai keunikan tersendiri

Telatahmu mencuit hatiku
Tutur katamu menceriakanku
Senyum tawamu menghiburkan aku
Akhlakmu,peribadimu menawan hatiku
Penuh keindahan
Penuh berhikmah
Menjadi ingatan sepanjang masa

Engkau sentiasa di sisiku
Di kala suka dan duka
Menjadi peneman hidupku
Membawa sinar bahagia padaku

Di kala aku kian lemah,
Engkau hadir
Memberikanku kekuatan
Mengingatkanku pada Tuhan

Takkan aku lupakan
Setiap kenangan yang kita alami bersama
Biarpun suka atau duka,
Akan aku tetap 
Berada di sampingmu

Takkan aku lupakan
Dirimu yang sentiasa menjadi teman
Dirimu yang sedia menghulurkan bantuan
Dirimu yang dikurniakan Tuhan
Buat diriku ini

Takkan aku lepaskan
Dirimu yang menjadi teman
Membawa suatu sinar baru 
Dalam hidupku

Tidak aku peduli
Apa jua kelemahanmu
Apa jua rahsiamu
Engkau tetap menjadi temanku

Akan aku berusaha
Untuk melaksanakan tanggungjawabku
Sebagai seorang teman
Buat dirimu

Jangan pula engkau lupakan
Diriku yang ingin menjadi temanmu
Yang ingin sentiasa ada di sampingmu
Yang ingin mencipta kenangan indah bersamamu
Yang ingin menyinari hidupmu

Ikhlas aku katakan
Aku menyayangi engkau
Dengan setulus hatiku
Kerana Dia yang Maha Penyayang
Aku berharap,
Engkau jua begitu

Kalimah syukur aku ucapkan
Atas rahmat kurniaan Tuhan
Yang menjalinkan
Hubungan yang begitu indah
Sesama kita yang bergelar insan


Dengan harapan yang tinggi
Aku melafazkan do'a
Moga ukhuwah yang terbina ini
Akan berkekalan buat selamanya
Dengan naungan payung redhaNya
Moga hubungan yang terjalin
Mendapat barakah dariNya

Aamiin..

Diri inilah yang sentiasa mengingati,merinduimu
sahabatku...temanku







Sunday, November 11, 2012

~CINTA~

السلام عليكم 

Ustaz Azhar Idrus kata,"Jangan sentuh hati seorang wanita kalau tiada niat untuk berkahwin dengannya"
Ana kata,"Jangan sentuh hati seorang wanita kalau tak ada rasa nak pegang dia"


Sentuh di atas ni,kita pun tahu...boleh membawa banyak maksud.Kita sendiri boleh fikir sentuh hati tu boleh dipecahkan kepada bahagian2 yang macam mana..So,ana fikir,ana tak perlu jelaskan lagi dah.Bergantung pada pemahaman kita kan.. :)

Kalau kita tengok2,fikir2,zaman sekarang ni banyak jaa manusia yang ungkap perkataan cinta dengan senang-lenang jaa..Cinta bagaikan suatu permainan kepada sesetengah pihak.Kalau nak difikirkan balik,cinta itu istimewa.Cinta tak boleh dibuat main.Cinta melibatkan perasaan.Kita tak boleh memandang remeh dan bermain dengan perasaan seseorang.

Cinta yang kita ungkapkan adalah sebuah janji,ikrar yang membuktikan kesetiaan,sayang kita pada sesuatu.
Apabila kita ungkapkan perkataan cinta,kita mengatakan bahawa kita tidak kan meninggalkan sesuatu itu,kita akan jaga ia,kita akan sentiasa sayang ia..
Macam ana,hobi ana adalah bermain bola sepak.I just love to play football.That means,ana cukup suka main bola sepak..Cukup suka pada ayat tu boleh juga ana sebut sebagai cinta.Tapi sebab bunyinya dalam bahasa melayu pelik,i'd rather say it in english..hehe

Tu untuk hobi,kalau untuk manusia?Biasa jugak manusia guna ayat macam tu.Ramai yang buat macam tu.Boleh tengok jelas jaa...(kat TV pon boleh tengok).Apa sebab ramai guna ayat macam tu?Sebabnya bukanlah "aku cinta kamu" tu berbunyi pelik,tapi sebab malu2,perkataan yang keluar adalah "suka".Biasa kita tengok macam ni kan?Ada yang bila sebut "suka",dia maksudkan suka..Ada yang bila sebut "suka",dia maksudkan cinta..

Well,kalau ana nak beritahu seorang tentang perasaan ana pada dia,ana akan sebut "suka"..Kenapa?Sebab betul ana sukakan dia.Suka dia tu macam mana?Well,akhlak dia,sifat dia...tu yang utama..And satu lagi yang membezakan perkataan "suka" dan "cinta" adalah....perkataan "suka"  boleh diucapkan pada macam2 benda,ramai orang dan mungkin ada lagi yang ana lupa..Tapi,perkataan "cinta" hanya diucapkan berkaitan benda2,kepada orang2(dan mungkin ada lagi yang ana lupa) yang kita betul2 suka,sayang atau cinta sahaja.Contohnya,ibu bapa,kekasih hati(eceh..:P) dan mungkin ada lagi yang ana lupa..Kalau kita nak ucap pada ajnabi,kalau kita maksudkan kita cintakan dia...well,jaga2.Ingat dua pesanan kat atas(awal2 td) tu.
Sebab tu ana kata,cinta itu istimewa..Bagi ana,"cinta" itu lebih besar dari "suka" dan "sayang"
So,yeah,i think we can all guess what the message is..Pelihara kesucian cinta

         Well,just in case ada yang terasa hati,ana minta maaf banyak2.I'm very sorry.
Apa yang ana tulis ni bukanlah untuk para pembaca blog ni,bukanlah untuk orang2 yang dapat apa ana tulis ni dari mana2 sumber sahaja..Apa yang ana tulis ni juga adalah untuk diri ana sendiri.Ana tak nafikan,ana juga manusia.Ana juga mempunyai perasaan..mempunyai rasa cinta.So,mari kita sama2 berusaha untuk pelihara kesucian cinta...OK?Kita berjuang...bersama..  :D


Kata Mujahid,"Jangan sentuh hati seorang wanita kalau tak ada rasa nak pegang dia"
(harap boleh fahamlah walaupun ana guna kiasan..memang terbiasa juga kias2 macam ni)



السلام عليكم 
:)

Friday, November 9, 2012

BISIKAN HATI

Wahai diri,
Apa yang telah terjadi padamu?
Mengapa engkau jadi begini?
Engkau tidak boleh jadi seperti ini..

Wahai diri,
Jangan engkau biarkan kelemahan dirimu
Untuk mencengkam hidupmu
Jangan engkau biarkan kelemahan dirimu
Untuk meruntuhkan semangatmu

Wahai diri,
Bukankah engkau sudah tahu
Segala yang berlaku ini
Adalah ujian dari Dia?

Wahai diri,
Bersabarlah menghadapi hidup ini
Carilah kekuatan dalam dirimu
Untuk engkau terus berdiri

Wahai diri,
Jangan engkau biarkan dirimu terus lemah
Teruskanlah berjuang
Ingatlah,
Dia sentiasa bersamamu
Carilah Dia,dekati Dia
Moga engkau peroleh cintaNya

Wahai diri,
Jangan engkau biarkan terus dirimu begini
Berubahlah wahai diri
Berubahlah keranaNya
Moga engkau mendapat redhaNya



Ya Allah,jadikanlah kami Muslimin dan Muslimat,Mu'minin dan Mu'minat yang soleh dan solehah
Ya Allah,kuatkanlah keimanan dan ketaqwaan kami bagi menghadapi dunia ini
Engkau bimbinglah setiap langkah kami agar kami mendapat redhaMu
Ya Allah,jadikanlah kami para penghuni syurgaMu,bukan penghuni nerakaMu
Aamiin Ya Rabbal 'Alamin