السلام عليكم Pejam celik,pejam celik...dah masuk Julai dah.Maksudnya,Sya'ban dah nak pergi,maksudnya,Ramadhan akan tiba,maksudnya,Aidilfitri tak lama dah,maksudnya,trial PMR tak lama lagi,maksudnya,Trial SPM tak lama lagi...maksudnya,tak boleh rileks2 sangat dah..Kena start push diri dah...usaha kena lebih.Kena sedar diri...keputusan mau elok,tak mau buruk.. (Perhatian:ayat yang agak panjang di atas ditujukan kepada semua pembaca yang ada peperiksaan penting tahun ni especially diri si penulis ni..) Lepas ni,mungkin ana akan kurang sikit blogging...lagi2 pulak bila SPM memang nak dekat dah ni..Bukan tak akan blogging langsung,kurang jugak maksud ana...tak selalu.Blog ni jugak tempat untuk ana berhubung dengan sahabat2 ana..Tak kan nak tinggal pulak kan?Ana fikir2,macam nak try vlogging jugak lepas SPM nanti...Entahlaa...baru fikir2.. Actually,agak lama jugak dah terfikir,tapi still tak boleh buat keputusan.. :) Apa2 pun,ana seorang blogger dan biiznillah,ana akan terus kekal sebagai seorang blogger.. Buat semua calon PMR dan SPM 2013,ayuh sama2 kita berusaha ya...jangan putus asa..Moga kejayaan yang cemerlang milik kita..Jangan kita lupa semua orang yang kita sayang,yang banyak membantu kita,yang sentiasa menyokong kita....family,sahabat2,teman2guru2..dan lain2 yang mungkin ana lupa nak sebut.. Jaga hubungan kita dengan mereka ni sebaik mungkin...Allah hadirkan mereka dalam hidup kita bersebab...dan Allah hadirkan kita dalam hidup mereka bersebab..Hargai kehadiran mereka dalam hidup kita..Jangan kita lupakan mereka begitu sahaja.. Mari sama2 kita usaha untuk jadikan hubungan kita dengan mereka sebagai hubungan yang sentiasa dipayungi rahmat,barakah dan redhaNya..Moga hubungan kita dengan mereka akan berkekalan hingga ke syurgaNya.. Aamiin.. PMR and SPM is coming soon...May we be among those who are successful.. Aamiin.. And don't forget,Ramadhan is coming..Mari kita sama2 ambil peluang ni untuk didik diri kita menjadi Muslim,Mu'min yang soleh...menjadi Muslimah,Mu'minah yang solehah.. Moga kita kan bertemu Ramadhan kali ini dan dipanjangkan umur untuk bertemu lagi dengan bulan yang mulia itu di masa akan datang..Aamiin..
السلام عليكم Saja tengok2 blog seorang sahabat dan follower ana tadi..Dan,ana tertarik untuk kongsi satu lagu ni..Hayati lirik lagu ni ya.. :) Adik ana yang mula2 jumpa lagu ni sebelum ni dan kongsi dengan ana lagu ni..Sahabat ana ni ingatkan ana pulak..So now i'm sharing with you guys.. :) I hope you like it.. (2 posts in 1 night..hmm...well,i am kinda bored..hehhe)
السلام عليكم Hari sukan tahunan sekolah dah tak lama dah..Esok raptai penuh,lusa(khamis-27/6/2013) dah sukan tahunannya..Ffuhh..Boleh tahan busy laa jugak...dengan kerja sekolah lagi,trial dah tak lama dah.. Ana masuk kawad kaki..Kumpulan apa lagi....PBSM lah..3 tahun ana betul2 libatkan diri dengan PBSM,ana belajar banyak benda dan masih banyak lagi yang perlu ana belajar.. Pada masa yang sama,ana ada lagi dua acara untuk sukan tahunan kali ni..do'akanlah ana dapat buat dengan habis baik..Sebelum ni,tiga acara yang ana masuk dah terlepas.Target ana,sekurang-kurangnya 1 pingat...and kalau boleh nak pingat emas...nak berasa jugak kan..hehe.. Bukan apa,5 tahun belajar kat sekolah menengah,tahun terakhir ni laa ana baru nak aktif dalam rumah sukan pun..Buku rekod kokurikulum pun,baru diisi tahun ni..aiyoo..harap2 boleh ok lagi laa.. And,dalam ana hadapi semua ni,ada jugak hal2 lain yang menjadi ujian bagi ana..Ada yang membuatkan ana tertekan sikit,ada yang memang mengganggu jugak bagi ana dan ada yang ana boleh terima sebab bukan semuanya yang buruk..Ujian bukanlah bermaksud musibah saja kan?Antara yang paling susah adalah bila memikirkan tentang kesukaran yang ana hadapi untuk berhubung dengan sahabat2 ana,mereka yang rapat dengan ana..Ana masih ada keluarga ana..tapi,manusia perlu ada teman selain ahli keluarga..Ia mungkin buruk bagi sesetengah orang,tetapi ada kebaikannya bagi orang yang tidak hanya memandang sesuatu dengan pandangan negatif.. Well,semua yang berlaku tetap menjadi ujian hidup...satu proses kehidupan.Moga Allah bantu kita tak kiralah dalam apa jua ujian yang kita hadapi untuk kita redha dan bersabar.. Setiap manusia ada kekurangan masing2,moga kekurangan kita menjadikan kita lebih kuat dari segi fizikal,mental dan hati(rohani).. Moga Allah memberkati kita..Amiin..
السلام عليكم Alhamdulillah..Cuti semester abang ana dah mula.Sekarang,dia dah ada kat Kedah dengan isteri dan anaknya.Nampaknya Amir Arsyad ni dah makin pandai berjalan sekarang..huhu..giat jugak laa dia tu.. Ni baru tengok anak orang lain...belum anak sendiri..hoho.. In Sha Allah,masanya akan tiba.. Ana pun boleh bergiat sikit dalam nak bersukan kalau abang ana ada.. Trial SPM tak lama dah..Tak lama nanti,Ramadhan akan tiba..Moga kita kan bertemu dengan Ramadhan kali ini..Kawan2 ana cakap,kami mula trial sebelum Aidilfitri dengan kertas Bahasa Arab..huhu...mendebarkan jugak tu..Apa pun,kena get ready untuk sebanyak subjek yang boleh.Nak keputusan baik punya...Pertengahan tahun jatuh..Tak mau dah..Ana nak bangun dan kejar kejayaan. Bagi teman2 seperjuangan ana untuk SPM 2013,kita usaha sama2 ya..Moga kejayaan yang cemerlang milik kita..Aamiin.. Ana pun mungkin tak akan blogging banyak sangat dalam waktu terdekat ni..Kurang sikit,bukan tak langsung..Nak study jugak..Nervous,risau...macam2 perasaan ada bila fikir tentang trial nanti. Well,untuk kali ni,banyak ni jaa kot yang ana tulis.. Buat rakan2,sahabat2,teman2 ana yang lawat blog ni,jaga diri baik2,ok?Moga kita dapat bertemu dengan kejayaan bersama kita..Aamiin..
السلام عليكم Hmm...Cuti sekolah dah habis.2 minggu cuti,apa pon tak jadi..kerja sekolah ada tapi tak buat..Aiyoo..Apa nak jadi ni..Kelas tambahan ok lagi laa..seronok. :) Ana tak tau kenapa tapi ana rasa lain cuti ni..Seronok tu memang banyak,tambah lagi dapat jumpa anak saudara ana,bermusafir sikit...tapi still ada rasa bosan,tak best dan agak sunyi tu.....bila tak dapat jumpa rakan2,sahabat2 dan teman2 ana..Bukan tak jumpa langsung..ada jugak,tu sebahagian dari perkara yang menyeronokkan tu.. Ana teringin nak berjumpa atau sekurang2nya bertegur sapa,bersembang dengan rakan2,sahabat2 dan teman2 ana..Ada yang dah terlalu lama,ada yang agak lama,ada yang tak lama sangat tapi rasa macam lama yang ana tak bersembang dengan..Bukan apa,keadaan tak mengizinkan..Allah menetapkan.. Ada jugak sahabat2 ana yang jugak blogger macam ana..Tapi ada jugak blog yang ana follow...ana tak dapat bukak termasuklah blog seorang sahabat ana..Sampai sekarang masih macam tu.. Maafkan ana Cik KS..Ana baru dapat blogging balik sekarang ni..Ana nak bukak,lawat blog Cik KS tapi ana tak dapat..Tapi,ana akan tetap cuba..Maafkan ana ya Cik KS.. Semua yang ana tulis ni bukanlah bermaksud ana merungut dengan takdir Allah..Ana cuma meluahkan macam mana ana rasa sepanjang cuti 2 minggu ni..Ana faham ini takdir Allah..Ana redha,dan ana bersabar..Ia tak bermaksud ana dah tak ada perasaan sayang pada rakan2,sahabat2 dan teman2 ana.. Mungkin sebenarnya,sekarang ni...ramai lagi yang ada perasaan yang sama,dalam keadaan yang sama macam ana.. Tapi,walau apapun yang berlaku,kita kena kuat kan?Ujian tu lumrah dunia.. Itulah..sedikit kisah pendek dari ana tentang cuti ni.. 2 pengajaran: 1-Rasulullah dah kata,ada dua ni'mat yang manusia sering lalai dengannya,iaitu ni'mat sihat dan masa lapang..So,ana tak banyak gunakan dua ni'mat ni dalam cuti 2 minggu ni untuk bawa manfaat pada ana..Jangan tiru sikap ni dan sama2 kita jadi lebih baik ya.. 2-Hargai rakan2,sahabat2 da teman2 kita..Selain keluarga,kita ada mereka..Mereka hadir dalam hidup kita sebagai TEMAN buat kita..Jangan sia2kan mereka.. OK..So,sekarang ni dah pukul lima pagi..nak kena pergi sekolah sebelum pukul 7:15 pagi.. So....yeah...ana berhenti dulu kat sini ya..Harap perkongsian kali ni bermanfaat.. :)