Assalamu'alaikum,para pembaca.
lama jugak dah tak lawat blog ni..
OK
Kali ini,ana ingin mulakan post dengan satu cerita.Pada beberapa petang yang lepas,ana dan family ana telah pergi ke satu pusat bowling.Of course,dah sampai,kami main bowlinglah.Alhamdulillah,ada lane kosong.Semasa nak ke kauter untuk nak bayar sebelum main tu,ana perhati sekeliling tempat tu.Tiba-tiba,kepala ana terhenti di satu lane.Lane yang hampir hujung.Di situ terdapat sekumpulan bowlers wanita yang ana suka untuk gelar Muslimah.Pemakaian mereka terjaga,akhlak mereka kelihatannya baik sekali.Ada juga dua orang di antara mereka yang memakai niqab/purdah.MashaAllah,indah sekali pemandangan sebegitu.
Kami mula bermain.Kami hanya golongan beginner,tapi Alhamdulillah,kami dapat bermain dengan baik.Apabila giliran ana berakhir,mata ana terus memandang ke arah kumpulan wanita Muslimah tadi.Walaupun lane kami jauh dari lane mereka,tapi itu tak menghalang ana untuk melihat mereka bermain.Mereka bermain dengan bagus sekali.Ana kagum melihat mereka.
OK
Ana berhenti di situ.Apa yang boleh ana katakan tentang cerita ini?
Melalui cerita ini,ana ingin berkata:
Wahai wanita yang bergelar Muslimah,jagalah batasan auratmu dengan yang tidak halal bagimu.Bagi yang memakai tudung labuh,stokin dan sebagainya,ini menjadi bukti bahawa pakaian tidak menghalang anada untuk melakukan apa-apa aktiviti termasuk bersukan.Bersukan memerlukan pemakaian yang sesuai.Tetapi,pakaian yang sesuai itu mestilah menurut apa yang diperintahkan oleh syara'.Tudung labuh,stokin,hand-sock adalah antara contoh pakaian yang boleh dipakai ketika bersukan.
Kesimpulannya,apa-apa pon yang kita buat,ada syaratnya dalam Islam.Ikut cara Islam
Assalamu'alaikum.