Monday, September 9, 2013

SEDIKIT NASIHAT DAN AMALAN UNTUK KITA SEMUA

السلام عليكم 

Dah berapa lama ana terfikir nak post tentang ni...tapi asyik lupa jaa..So,dah ada peluang ni,ana nak ambil..

Oleh kerana banyak perkara yang dah berlaku dalam beberapa bulan ni...tambah pulak dengan apa ana tulis dalam post sebelum ni,ana fikir sekarang masa yang amat sesuai untuk ana tulis tentang ni sementara dah ingat..

Dalam kelas Bahasa Arab tadi,ustazah ada kata lebih kurang macam ni, "Kalau hati rabun,macam mana?"..Ada sambungannya tapi cukuplaa kot ana tulis sampai situ..

Kita betul2 perlu banyak muhasabah diri dengan sebenar-benar muhasabah..Renung,tenung,lihat,nilai diri betul2..Mesti kita akan nampak banyak yang tak kena..Kali ni,ana nak bagi sedikit tips yang biiznillah akan menjadikan kita hamba2 Allah yang soleh dan solehah,yang dekat denganNya..

Mari kita sama2 cuba amalkan semua tips ni:

1.Amalkan qiamullail pada setiap hari
  Pada masa tu laa kita perlu banyak muhasabah diri...ambil kesempatan untuk renung semula diri dan      kehidupan kita..Pada masa tu laa kita banyakkan amalan sunat seperti solat2 sunat,zikrullah membaca      Al-Qur'an dan sebagainya  yang merupakan amal soleh..


2.Amalkan solat sunat Dhuha
   In Shaa Allah...moga rezeki kita luas dan bertambah dari segi kuantiti dan kualiti apabila kita amalkan  solat sunat Dhuha..Boleh juga amalkan solat2 sunat lain..

3.Amalkan Al-Ma'thurat
  Tak kira laa Al-Ma'thurat Sughra atau Kubra,kalau boleh,marilah kita sama2 berusaha untuk beramal  dengan amalan ini..Kesannya amatlah baik pada diri,hati dan orang sekeliling kita biiznillah..Ana pernah  alami..

4.Banyakkan beristighfar dan membaca Al-Qur'an
   Kita manusia biasa..Banyak buat dosa..Maka tak ada laa ruginya untuk kita banyakkan beristighfar pada  Allah banyak2...tak kira bila2 masa dan di mana pun asalkan keadaannya sesuai dengan hukum..Mari kita  berusaha jadikan Sayyidul Istighfar sebagai amalan kita pada setiap kali selepas solat fardhu dan jadikan  membaca Al-Qur'an sebagai amalan kita setiap kali selepas solat dan bila2 kita boleh baca..Lebih baik lagi  untuk kita berusaha untuk faham,hafal dan hayati jugak Al-Qur'an..Tak de ruginyerr.. :)

5.Menuntut dan mengamalkan pelbagai bidang ilmu terutamanya bidang agama
   Mari kita sama berusaha untuk lakukan ni ya..

6.Banyakkan berdo'a pada Allah
  Sebagai hamba dan manusia yang punya banyak kelemahan di samping kelebihan,kita perlu banyak  meminta,memohon dan berdo'a pada Dia yang Maha Mengetahui tentang segala-galanya..Apa pun yang  berlaku,jangan sampai kita lupa Dia,berputus asa dengan Dia..Ingat,Dia sebutkan pada kita, "Jangan kamu  berputus asa dengan rahmat Allah"..Ingat jugak,Dia sebut pada kita, "Berdo'alah padaku,nescaya akan aku  kabulkan do'a kamu"..Renunglah firmanNya dalam ayat ke 187 surah Al-Baqarah..

7.Tak berputus asa
  Sentiasa berusaha dengan pelbagai cara(yang dibenarkan) tanpa putus asa...pada Allah,pada diri  kita,kehidupan kita dan lain2 lagi...untuk capai matlamat kita..Ini yang perlu kita buat.Kita perlu perbaharui  niat dan azam kita untuk  berhijrah pada setiap masa..Sebab tu muhasabah tu penting..


Moga2 kita boleh jadikan semua amalan ni sebagai rutin harian kita dalam hidup kita..Marilah sama2 kita berusaha untuk jadikan amalan2 ni sebagai amalan harian kita..Kita berusaha sama2 ya..Moga kita akan menjadi Muslimin dan Muslimat,Mu'minin dan Mu'minat yang soleh dan solehah..Moga kita akan jadi hamba2Nya yang dekat dengannya..Aamiin..
Mari kita berusaha sama2 ya..Usaha dan do'a..Moga hasilnya seperti pokok yang membuahkan emas..Moga Allah berikan keikhlasan pada kita untuk beramal dengan semua ni..Moga Allah membimbing setiap langkah kita agar kita sentiasa diredhaiNya..Aamiin..


Buat calon2 UPSR,PMR,SPM... Chaiyok!!Let's do our best,ok?Moga kejayaan milik kita..Target MUMTAZ!  :) :) :D




Friday, September 6, 2013

ALHAMDULILLAH...

السلام عليكم 

Alhamdulillah..khamis(5/8/2013) haritu last day of SPM trial exam di sekolah ana...Sejujurnya ana kata, ana kecewa sangat,sedih sangat..Trial ni memang teruk sangat..I screwed up...real bad..Tapi apa boleh buat, dah memang ana yang bersalah kan..


A lot of things happened in the past three weeks..It's tough....but I try to stay strong..Setelah difikirkan semula,ana dah buat keputusan..

Mulai lepas ni,ana nak and ana akan cuba untuk fokus pada pelajaran.I really need to focus on my study..My grades,achievement need to be change..So,lepas ni,ana memang akan kurangkan blogging. Ana sendiri pun tak pasti nak kata kurang macam mana tapi ana nak bagi kurang dengan seminimum yang mungkin...tapi tak sampai tak blogging langsung..I might have some things to say in the future..
So....yeah..ana tak tau blog ana ni dapat sambutan yang macam mana...Nak kata memang tak tau...tak boleh agak pun..Ana beritahu kat sini just in case ada rakan2,sahabat2,teman2 ana yang ana tak mudah nak berjumpa or lama tak berjumpa..

An advice to all PMR and SPM candidates,
Don't...don't let anything distract you from focusing on your study..Jangan biar apa pun yang berlaku dalam hidup kita halang kita dari cuba untuk fokus pada pelajaran...especially untuk SPM..Penentu masa depan tu..Tak kira kita dah mahir atau tak dalam sesuatu subjek,kita still kena banyak study..
Sometimes,there are things that happen in our lives that make it hard for us to focus on our study..Well,dalam hal macam ni,caranya satu jaa..Stay strong..Cuba kuatkan diri and paksa diri sikit untuk fokus pada pelajaran..Mungkin tak mudah bagi setiap orang...tapi kita kena buat jugak..Tapi jangan belajar untuk exam jaa..Kita kena ingat,ilmu lah yang jadi bekal hidup kita..Dan kita berusaha untuk amal dengan ilmu yang kita peroleh..
Dan nasihat ni sebenarnya untuk diri ana jugak...

So...akhir sekali,mari kita sama2 berusaha,berdo'a untuk masa depan kita..Pelihara hubungan kita dengan orang lain,binatang,alam dengan sebaik mungkin..Banyakkan berdo'a untuk diri kita dan orang2 yang kita sayang..Untuk semua calon UPSR,PMR,SPM...do the best,ok?Moga kejayaan jadi milik kita..Target MUMTAZ..

UPSR start minggu depan,PMR start 2/10/2013 nanti,SPM start 6/11/2013 nanti...Maksudnya masa dah tak banyak dah..Kita betul2 kena berusaha dah..


Fokus pada study tak bermaksud tinggalkan atau lupakan kawan..Ingat,manusia perlukan teman..Dekatkan diri pada Allah,pelihara hubungan dengan insan lain..