السلام عليكم
Dah berapa lama ana terfikir nak post tentang ni...tapi asyik lupa jaa..So,dah ada peluang ni,ana nak ambil..
Oleh kerana banyak perkara yang dah berlaku dalam beberapa bulan ni...tambah pulak dengan apa ana tulis dalam post sebelum ni,ana fikir sekarang masa yang amat sesuai untuk ana tulis tentang ni sementara dah ingat..
Dalam kelas Bahasa Arab tadi,ustazah ada kata lebih kurang macam ni, "Kalau hati rabun,macam mana?"..Ada sambungannya tapi cukuplaa kot ana tulis sampai situ..
Kita betul2 perlu banyak muhasabah diri dengan sebenar-benar muhasabah..Renung,tenung,lihat,nilai diri betul2..Mesti kita akan nampak banyak yang tak kena..Kali ni,ana nak bagi sedikit tips yang biiznillah akan menjadikan kita hamba2 Allah yang soleh dan solehah,yang dekat denganNya..
Mari kita sama2 cuba amalkan semua tips ni:
1.Amalkan qiamullail pada setiap hari
Pada masa tu laa kita perlu banyak muhasabah diri...ambil kesempatan untuk renung semula diri dan kehidupan kita..Pada masa tu laa kita banyakkan amalan sunat seperti solat2 sunat,zikrullah membaca Al-Qur'an dan sebagainya yang merupakan amal soleh..
2.Amalkan solat sunat Dhuha
In Shaa Allah...moga rezeki kita luas dan bertambah dari segi kuantiti dan kualiti apabila kita amalkan solat sunat Dhuha..Boleh juga amalkan solat2 sunat lain..
3.Amalkan Al-Ma'thurat
Tak kira laa Al-Ma'thurat Sughra atau Kubra,kalau boleh,marilah kita sama2 berusaha untuk beramal dengan amalan ini..Kesannya amatlah baik pada diri,hati dan orang sekeliling kita biiznillah..Ana pernah alami..
4.Banyakkan beristighfar dan membaca Al-Qur'an
Kita manusia biasa..Banyak buat dosa..Maka tak ada laa ruginya untuk kita banyakkan beristighfar pada Allah banyak2...tak kira bila2 masa dan di mana pun asalkan keadaannya sesuai dengan hukum..Mari kita berusaha jadikan Sayyidul Istighfar sebagai amalan kita pada setiap kali selepas solat fardhu dan jadikan membaca Al-Qur'an sebagai amalan kita setiap kali selepas solat dan bila2 kita boleh baca..Lebih baik lagi untuk kita berusaha untuk faham,hafal dan hayati jugak Al-Qur'an..Tak de ruginyerr.. :)
5.Menuntut dan mengamalkan pelbagai bidang ilmu terutamanya bidang agama
Mari kita sama berusaha untuk lakukan ni ya..
6.Banyakkan berdo'a pada Allah
Sebagai hamba dan manusia yang punya banyak kelemahan di samping kelebihan,kita perlu banyak meminta,memohon dan berdo'a pada Dia yang Maha Mengetahui tentang segala-galanya..Apa pun yang berlaku,jangan sampai kita lupa Dia,berputus asa dengan Dia..Ingat,Dia sebutkan pada kita, "Jangan kamu berputus asa dengan rahmat Allah"..Ingat jugak,Dia sebut pada kita, "Berdo'alah padaku,nescaya akan aku kabulkan do'a kamu"..Renunglah firmanNya dalam ayat ke 187 surah Al-Baqarah..
7.Tak berputus asa
Sentiasa berusaha dengan pelbagai cara(yang dibenarkan) tanpa putus asa...pada Allah,pada diri kita,kehidupan kita dan lain2 lagi...untuk capai matlamat kita..Ini yang perlu kita buat.Kita perlu perbaharui niat dan azam kita untuk berhijrah pada setiap masa..Sebab tu muhasabah tu penting..
Moga2 kita boleh jadikan semua amalan ni sebagai rutin harian kita dalam hidup kita..Marilah sama2 kita berusaha untuk jadikan amalan2 ni sebagai amalan harian kita..Kita berusaha sama2 ya..Moga kita akan menjadi Muslimin dan Muslimat,Mu'minin dan Mu'minat yang soleh dan solehah..Moga kita akan jadi hamba2Nya yang dekat dengannya..Aamiin..
Mari kita berusaha sama2 ya..Usaha dan do'a..Moga hasilnya seperti pokok yang membuahkan emas..Moga Allah berikan keikhlasan pada kita untuk beramal dengan semua ni..Moga Allah membimbing setiap langkah kita agar kita sentiasa diredhaiNya..Aamiin..
Buat calon2 UPSR,PMR,SPM... Chaiyok!!Let's do our best,ok?Moga kejayaan milik kita..Target MUMTAZ! :) :) :D
No comments:
Post a Comment