السلام عليكم
Alhamdulillah...Lama dah tak blogging..Kali ni dapat peluang.. :)
Hari ni dah 19 Mac...Result SPM keluar 20 Mac..Esok jaa tu..
Risau3...
Macam mana agak2 keputusan nanti ya?
Pelawat2,pembaca2 yang rajin singgah ke blog ana ni do'akan ya..Do'akan keputusan ana,kawan2 dan sahabat2 ana baik dan cemerlang ya..Do'akan kami dapat sambung belajar dalam bidang yang kami mahu,di tempat yang terbaik,yang kami mahu..
Kali ni,ana menulis untuk ditujukan kepada semua yang termasuk dalam batch SPM 2013..
First thing first,
Bila kita dapat result esok,macam mana pun resultnya,itulah hasil usaha kita..Kalau dah kita yang malas,maka mungkin result kita pun gaya malas2 jaa..Kalau kita rajin,result kita rajinlaa nak meninggi In Shaa Allah...Kalau kita ada rajin dan malas ikut subjek,macam tu laa jugak mungkinnya result kita..
Jadi,apa pon result kita,terima ya...Kegembiraan dan kesedihan itu pasti akan ada....tapi jangan kita biar perasaan menguasai kita..Kalau gembira,jangan terlalu gembira hingga kita lupa pada rakan2 lain yang mungkin bersedih,jangan kita meninggi diri even kalau jadi best student di sekolah kita pun..
Kalau sedih,jangan sampai kita bawa diri jauh dari orang..kerna mungkin orang2 tu yang nak gembirakan kita..It's not the end of the world..Fikirkan kenapa result macam tu..Mesti sebabnya akan berbalik pada diri kita..Sebab kita yang kawal diri kita..Yang penting,jangan putus asa dan terus berusaha untuk berjuang..
Tak kira sebaik,sehebat atau seburuk mana result kita,selagi mana kita hidup,perjuangan kita tak berakhir..
Kita belajar pun niat utama kita kerana Allah,untuk hidup...bukan untuk SPM.. :)
Next,
Kita teruskan perjalanan ke arah masa depan..
Perancangan nak sambung belajar..Nak ke univiersiti mana?Kolej mana?Politeknik mana?
Nak sambung belajar bidang apa?Bidang yang kita paling nak genggam boleh ke kita nak sambung belajar?
Jawapannya ada pada hati kita,kehendak kita sebelum result kita.. :)
Kita fikirkan,rancang dari awal macam kita buat sebelum keluar result lagi...
Dapat PLKN atau tak,dah pergi dan balik atau tak,kita tetap boleh buat perancangan untuk belajar..
Yang ana nak utamakan kali ni adalah tentang diri kita dalam nak sambung belajar ni..
Ingat,orang yang paling blurr boleh jadi orang paling hot dalam universiti,orang paling jahat boleh jadi orang paling baik dan sebagainya...
Semuanya bergantung pada cara kita bawa diri kita..Ayah ana pernah pesan,nak ke mana pun,yang penting cara kita bawa diri tu..
Yang paling penting agama dan segala pelajaran,pengajaran yang kita dapat dalam hidup kita..kita bawa dengan kita tak kira ke mana pun kita pergi..termasuk dalam nak sambung belajar.
Ada orang bawa agama,tapi tak ambil betul2 apa yang penting lagi untuk dia bawa bersama...dan ada yang sebaliknya..Ada juga yang bawa bersama diri dia semuanya,tapi andai tak digenggam erat,susah..
Dah laa..Kalau nak terang,panjang lebar nanti...dan ana bukan pakar pun.. :)
Apa pun,kita cuba kejar,berjuang dalam nak dapatkan ilmu..Ana do'akan kita dapat sambung dalam bidang yang kita minat,di tempat yang kita nak..aamiin..
And Finally,
yang pentingnya jugak..
Sepanjang hidup kita,kita jumpa,kita kenal ramai orang..Kita dapat kawan,sahabat,teman..
Kita lepak,bersembang bersama dengan mereka ni untuk masa yang lama...Even yang kita kenal di internet pun boleh kita buat kawan kan?
Satu hal yang penting..
Kawan2,sahabat2 dan teman2 kita jangan kita lupa apatah lagi tinggal belakang lepas2 kita sambung belajar..Sombong namanya tu...dan jugak tak menghargai..
Biar kita sibuk macam mana pun nanti,try to stay connected...with our friends and family..
Try to be with them in times where they need us or want us to be with them..
Jangan tinggalkan mereka ni di belakang...Ingat apa yang kita dah lalui dengan mereka ni..Yang buruk jangan fikir sangat,fikir yang baik2..
Tak kira mereka tu ada yang lagi tua atau lagi muda atau sama umur,keep them in your life and try to stay connected with them...Ana dalam usaha nak buat macam tu..
Biar siapa diri kita atau siapa mereka tu,kita semua sama2 manusia yang fitrah kita ingin pada adanya teman..
Kawan2.sahabat2,teman2 dan keluarga kita semuanya berharga..Kita perlu jaga ukhuwah,silaturrahim dengan mereka...Cuba walau susah....
Sayyidina Ali pernah kata,
"Orang yang paling lemah ialah orang yang mempunyai sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang tidak menghargai sahabat yang telah dia ada"
moga kita semua tak jadi macam ni...aamiin..
-nasihat ni utamanya untuk diri ana sendiri-
Hmm...macam dah banyak ni...
Ana berhenti dulu laa setakat ni..Andai ada salah,mohon tegur ana ya...Andai ada yeng terasa,bagus..Renung dalam diri kita masing2..Andai ada pendapat tambahan,komen ya...
and last but not least,
Moga kejayaan milik kita semua...aamiin.. :)