Thursday, January 24, 2013

I JUST FELT LIKE SHARING THIS...



السلام عليكم 

Subhanallah..Ana baru baca post ni tadi..Indahnya,ana tak tau nak kata macam mana..Ana nak share untuk kita sama2 renungkan,fikir2kan..
http://cahayabungalavender.blogspot.com/2013/01/sahabat-kau-yang-teristimewa.html

Buat sahabat2 ana yang mengikuti blog ana,ana ingin minta maaf sangat2 andai ana ada menyinggung,mengguris perasaan kalian..Ana tak mahu sakitkan hati sahabat2 ana.Ana sayangkan sahabat2 ana kerana Allah.Ana cuba memahami keadaan kalian dan ana harap kalian juga cuba memahami keadaan ana.In Sha Allah,keadaan kita akan terus jadi lebih baik selaras dengan peredaran masa..Aamiin..
Moga Allah beri kita kekuatan dan daya untuk terus bersabar.Jangan kita biar do'a dan ukhuwah antara kita terputus wahai sahabat2 ana..
Kita sama2 do'a supaya hubungan,persaudaraan kita akan kekal dalam redha Allah dan hingga ke syurga Allah..Aamiin..
Kita do'a sama2,OK?We make du'a' together,to ask Him for the best..
:) :) :)

RENUNGAN BERSAMA

Ketika manusia hidup dalam kejahilan,kegelapan,muncul suatu cahaya..Cahaya yang menyinari kegelapan hidup.Cahaya yang hadirnya sebagai rahmat kepada manusia.Cahaya yang menyuluh,menyinari jalan...bagi manusia menuju ke arah kebenaran.Cahaya yang sinarnya kekal selama-lamanya.
Cahaya inilah yang membawa manusia mendekati Tuhan Yang Esa..

Hanya seorang insan yang layak diumpamakan sebagai cahaya ini..Insan itulah yang bernama Muhammad bin  'Abdullah..Seorang insan yang sifatnya tidak setanding dengan sesiapa pun.Seorang insan yang akhlaknya merupakan sebaik-baik akhlak.Seorang insan yang menjadi rahmat bagi sekalian alam..Seorang insan,seorang Nabi,seorang Rasul yang amat mulia di sisi Tuhan dan makhluk-makhlukNya..
Muhammad...Rasulullah...Habiballah..

Sehingga hari ni,kita dapat hidup sebagai seorang Muslim/Muslimah kerana usaha baginda Rasulullah dalam menyebarkan agama Allah yang mulia ya'ni Islam.Moga kita menjadi hamba-hambaNya yang sentiasa bersyukur dan sentiasa ingat akan hal tersebut..

Namun,pada hari ini juga,ramai juga dari kalangan manusia yang jauh dari Islam.Ramai yang mudah lupa akan Allah dan segala keindahan Islam.Ada yang apabila diperingatkan mengenai keindahan Islam,mengenai azab Allah,memilih untuk tidak menghiraukan peringatan yang diberi.Ada yang melakukan kebaikan tetapi tidak mahu meninggalkan kemungkaran.Moga kita tidak termasuk dalam golongan mereka ini..Aamiin..

Marilah kita bersama-sama merenung ke dalam diri kita..Adakah kita telah berusaha secukupnya untuk  mendekatiNya?Adakah kita wajar menggelar diri kita umat Islam,umat Muhammad?Moga jawapan bagi soalan-soalan ini adalah ya..
Perjalanan untuk menjadi seorang Muslim/Muslimah,Mu'min/Mu'minah yang soleh/solehah bukanlah mudah.Ianya umpama melalui jalan yang ditaburi kaca dan membakar dengan bara api..Tetapi,dengan kecekalan,usaha tanpa putus asa...pasti akan bertemu jua dengan penghujung jalan itu..Di situlah terletaknya taman yang indahnya tidak boleh difikirkan..
Moga kita akan menjadi Muslimin dan Muslimat,Mu'minin dan Mu'minat yang soleh dan solehah..Aamiin..

Ya Rasulullah,menitis airmata kami...kerana rindu padamu..Alangkah indahnya andai kami mendapat peluang untuk bertemu denganmu..Impian kami adalah untuk bersama denganmu di syurga nanti..Moga kami kan menjadi sebahagian dari mereka yang akan mendapat syafaatmu.
Ya Allah,jadikanlah kami hamba-hambaMu yang mencintai Engkau dan kekasih Engkau iaitu Rasulullah lebih dari segala-galanya.Jadikanlah kami hamba-hambaMu yang beramal dengan segala perintahMu dan yang beramal dengan sunnah kekasihMu serta menjauhi segala perbuatan yang dibenci Engkau dan kekasih Engkau.Jadikanlah kami hamba-hambaMu yang soleh dan solehah..Aamiin Ya Rabbal 'Alamin..

buat renungan kita bersama..





SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL KEPADA SEMUA UMAT ISLAM

Ayuh bersama berselawat ke atas junjungan kita Muhammad صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّم



hey guys,chek out this link:
http://elfaizi.blogspot.com/2010/10/kompilasi-nur-selawat.html

Monday, January 21, 2013

INTRODUCING.........

السلام عليكم 

Kali ni,ana nak perkenalkan seseorang kepada para pembaca..Siapa?Diri ana?Rasa boleh tau jugak serba-serbi tentang diri ana dari blog ana ni..Wajah ana?huhu..bukan2..
Ana nak perkenalkan orang lain..

Dia ni,kalau tengok rupa...memang cute gilerr aa..Dengan pipi tembam dia,mulut dia yang agak muncung sikit..Badan pulak chubby..hehe...geram tengok..Bab nak main,dia terlebih excited jugak kadang2..selagi tak ngantuk,memang aktif jaa dia..kadang2 tu ngantuk2 pun giat lagi nak main..Bila orang bagi dia duduk atau baring,dia tak mau..Macam2 jaa dia ni..

Walaupun dia lahir di Kedah,tapi dia ni lebih kurang separuh KL,separuh Kedah laa jugak..Sebabnya,dia ikut ummi and abi dia tinggal di KL..Macam mana pun,dia tak boleh lari...dia tetap orang Kedah..Sekarang ni,bila dia balik dari KL ke Kedah,jumpa family ana,dia mesti nangis dulu bila kami ambil dia dari ummi and abi dia..Manja tu biasa laa kan..Tapi kami ambil masa lebih kurang 15 minit jaa nak bagi dia ingat balik siapa kami..Maklumlaa,mungkin dia tak ingat sangat kami sebab lama jugak duduk di KL..

huhu...siapa dia?suspen jugak norh.. :)
OK3,ana bagitau..

Si dia yang ana cakapkan ni ialah.........Muhammad Amir Arsyad bin Imran..Family ana panggil dia Amir..
Amir ni...ialah anak saudara ana...yang pertama..hehe..tu yang seronok semacam tu..
Sekarang ni,usia dia menghampiri 8 bulan..(baru jelas apa ana cakap kat atas tu kan? :D )
Ni gambar dia yang tahun lepas,yang paling latest ana boleh dapat:


Gambar ni diambil tahun lepas oleh ummi kepada si Amir ni dengan phone camera..Kalau kecik2 dah cute macam ni,macam mana pulak rupa dia bila dah besar nanti..haha..hensem?comel/babyface?tak tau laa kan....Waktu ni first time dia dapat duduk tanpa dipegang(dengan usaha dia sendiri)..Sekarang ni,dia dah pandai nak duduk sendiri,merangkak...memang aktif laa dia ni..huhu..Agak2 nak jadi apa bila dia dewasa nanti?

Apa2 pun,sekarang ni,ummi and abi dia sedang bercuti(cuti semester)..So,diorang balik satu family,dapat laa main lagi dengan si Amir ni,lepak2(beraktiviti) dengan abi si Amir ni(abang ana)..Mungkin boleh tolong kakak ipar ana untuk jual apa2 barang kalau dia ada nak jual..Asalkan ana tak asyik sangat dah..Nak SPM tahun ni..Penting tu...kan? :)

Ini satu lagu yang ana boleh bagi Amir dengar bila dia boleh faham nanti...hehe...Untuk penghayatan kita semua jugak..



Friday, January 4, 2013

UNTUKMU TEMAN(lelaki dan perempuan)

Salamun 'alaik,duhai teman..
Apa khabar engkau di sana?Aku do'akan,moga engkau sentiasa dalam keadaan yg baik..

Duhai teman,tak dapat aku gambarkan bagaimana aku amat rindu akan engkau..Aku rindukan kehadiran engkau di sisiku,aku rindukan telatahmu yang tak pernah aku lupakan...sentiasa mencuit hatiku,sentiasa cuba memahami aku,sentiasa sedia membantu aku...aku rindukan sikapmu yang banyak mengajar aku,membawa aku ke arah kebaikan..

Duhai teman,aku mungkin tidak mengenal dirimu sebaik engkau mengenal dirimu sendiri..Tetapi,aku tahu,engkau ialah seorang yang bijak,kuat pada luaran dan dalaman,baik pada akhlak...Maka,peliharalah kesemua ciri itu..Janganlah engkau biarkan kebijaksanaanmu hilang,janganlah engkau biarkan dirimu menjadi lemah,janganlah engkau biarkan akhlakmu berubah..Aku tahu engkau bijak,maka gunakanlah kebijaksanaanmu itu untuk mentarbiah dirimu...dan orang lain,termasuk aku..Aku tahu engkau kuat,maka gunakanlah kekuatan itu untuk menempuh hidup ini..Aku tahu engkau mempunyai kemuliaan pada akhlak,maka teruskanlah usaha untuk memperelokkan lagi dirimu..
Peliharalah diri Muslim/Muslimah yang ada padamu..

Duhai teman,Aku mengalirkan air mata,kerana rasa rindu padamu..Namun,aku cuba untuk terus senyum...kerana aku tahu,ini sebuah pengorbanan yang perlu buat sementara ini bagi kita..Moga ianya tidak sia2 demi masa depan kita..
Duhai teman,bimbinglah aku...bantulah aku...do'akanlah untuk diriku..agar aku bisa mengubah diriku menjadi lebih baik dari sebelum ini,lebih baik dari sekarang...dengan izin dan kehendak Allah

Duhai teman,segala yang aku katakan ini,bukanlah kata2 kosong..Akan aku turut berusaha untuk melakukan apa yang aku perkatakan...dengan sebaik mungkin..
Ayuh duhai teman!Kita berusaha,kita berjuang bersama2..Janganlah kita berputus asa,sebaliknya terus berusaha...agar kita bisa mencapai kejayaan yang gemilang di dunia dan akhirat,agar kita bisa menggapai redha Ilahi..Andai kita rebah,kita bangun semula...demi menjayakan perjuangan kita ini..

Duhai teman,aku berharap,aku berdo'a...moga Allah akan sentiasa memelihara dan menjaga kita...moga kita akan menjadi hamba2Nya,Muslim dan Muslimah yang soleh dan solehah...moga kita akan sentiasa,dirahmatiNya,diberkatiNya dan diredhaiNya...moga kita kelak akan menjadi ahli syurga,bukan ahli neraka..
Aamiin Ya Rabbal 'Alamin..

Duhai teman,aku tak pernah menyesal,malah aku amat bersyukur dapat bertemu denganmu,berkenalan denganmu,berteman denganmu..Maka janganlah engkau lupa,engkau sentiasa mempunyai aku sebagai temanmu,tak kira dalam apa jua keadaan..Aku telah berusaha,aku masih berusaha dan aku akan terus berusaha untuk menjadi teman yang terbaik buat dirimu..Aku akan sentiasa ada di sampingmu,di hatimu dan ingatanmu..Aku sentiasa merindui,menyayangi dirimu kerana Allah....yang telah mengurniakan pada aku seorang teman seperti kamu..
Maafkanlah aku andai aku sering menyakitimu..Maafkanlah aku andai engkau terasa hati denganku..
Terima kasih aku ucapkan padamu...atas segala yang telah engkau lakukan untukku..Aku tak tahu bagaimana boleh aku membalas kebaikanmu selain dengan berusaha menjadi teman yan terbaik buatmu..
Aku berharap,aku berhajat,aku berdo'a...moga ukhuwah yang terjalin antara kita akan berkekalan hingga ke syurgaNya..Aamiin..

Moga kita kan bertemu lagi..dalam sebaik2 keadaan..Aamiin..
Salamun 'alaik,temanku.. :)Nak je share lagu..tapi tak tau nak pilih lagu apa,so,mana2 lagu yg baik berkaitan sahabat,kita dengar sama2 ye..:)



BARU TAU...ALHAMDULILLAH...:):)

السلام عليكم 

Ana baru baca ni tadi...Alhamdulillah,amat berguna sekali.So,ana fikir,ana nak kongsilah...untuk sama2 kita amalkan.. :)

http://fatinqistina90.blogspot.com/2013/01/perkataan-insyaallah-atau-insyaalah.html

BACK FOR A WHILE... :)

السلام عليكم 

Alhamdulillah,dapat jugak ana menulis kejap..Lama jugak ana tinggal blog ni kan?hehe...lama laa sangat beberapa hari tu..
Cumanya,kali ni,ana kembali kejap jaa..Lepas ni tak tau pulak bila lagi boleh blogging ni..huhu..Tak apalah,ana akan terus tetap dalam "karier" menulis ni..In Sya Allah,ana akan cuba untuk manfaatkan setiap masa yang ada,peluang yang ada dengan sebaiknya..


In Sya Allah,TERUS BERUSAHA,TERUS BERJUANG....في سبيل الله!!