Cahaya inilah yang membawa manusia mendekati Tuhan Yang Esa..
Hanya seorang insan yang layak diumpamakan sebagai cahaya ini..Insan itulah yang bernama Muhammad bin 'Abdullah..Seorang insan yang sifatnya tidak setanding dengan sesiapa pun.Seorang insan yang akhlaknya merupakan sebaik-baik akhlak.Seorang insan yang menjadi rahmat bagi sekalian alam..Seorang insan,seorang Nabi,seorang Rasul yang amat mulia di sisi Tuhan dan makhluk-makhlukNya..
Muhammad...Rasulullah...Habiballah..
Sehingga hari ni,kita dapat hidup sebagai seorang Muslim/Muslimah kerana usaha baginda Rasulullah dalam menyebarkan agama Allah yang mulia ya'ni Islam.Moga kita menjadi hamba-hambaNya yang sentiasa bersyukur dan sentiasa ingat akan hal tersebut..
Namun,pada hari ini juga,ramai juga dari kalangan manusia yang jauh dari Islam.Ramai yang mudah lupa akan Allah dan segala keindahan Islam.Ada yang apabila diperingatkan mengenai keindahan Islam,mengenai azab Allah,memilih untuk tidak menghiraukan peringatan yang diberi.Ada yang melakukan kebaikan tetapi tidak mahu meninggalkan kemungkaran.Moga kita tidak termasuk dalam golongan mereka ini..Aamiin..
Marilah kita bersama-sama merenung ke dalam diri kita..Adakah kita telah berusaha secukupnya untuk mendekatiNya?Adakah kita wajar menggelar diri kita umat Islam,umat Muhammad?Moga jawapan bagi soalan-soalan ini adalah ya..
Perjalanan untuk menjadi seorang Muslim/Muslimah,Mu'min/Mu'minah yang soleh/solehah bukanlah mudah.Ianya umpama melalui jalan yang ditaburi kaca dan membakar dengan bara api..Tetapi,dengan kecekalan,usaha tanpa putus asa...pasti akan bertemu jua dengan penghujung jalan itu..Di situlah terletaknya taman yang indahnya tidak boleh difikirkan..
Moga kita akan menjadi Muslimin dan Muslimat,Mu'minin dan Mu'minat yang soleh dan solehah..Aamiin..
Ya Rasulullah,menitis airmata kami...kerana rindu padamu..Alangkah indahnya andai kami mendapat peluang untuk bertemu denganmu..Impian kami adalah untuk bersama denganmu di syurga nanti..Moga kami kan menjadi sebahagian dari mereka yang akan mendapat syafaatmu.
Ya Allah,jadikanlah kami hamba-hambaMu yang mencintai Engkau dan kekasih Engkau iaitu Rasulullah lebih dari segala-galanya.Jadikanlah kami hamba-hambaMu yang beramal dengan segala perintahMu dan yang beramal dengan sunnah kekasihMu serta menjauhi segala perbuatan yang dibenci Engkau dan kekasih Engkau.Jadikanlah kami hamba-hambaMu yang soleh dan solehah..Aamiin Ya Rabbal 'Alamin..
buat renungan kita bersama..
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL KEPADA SEMUA UMAT ISLAM
Ayuh bersama berselawat ke atas junjungan kita Muhammad صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّم
hey guys,chek out this link:
http://elfaizi.blogspot.com/2010/10/kompilasi-nur-selawat.html
Ayuh bersama berselawat ke atas junjungan kita Muhammad صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّم
hey guys,chek out this link:
http://elfaizi.blogspot.com/2010/10/kompilasi-nur-selawat.html
No comments:
Post a Comment