Wednesday, February 27, 2013

RASA HATI INI

السلام عليكم 

Ana ada lawat blog seorang sahabat ana yang cukup rapat dengan ana..Dia ada katakan,dia dalam keadaan yang tertekan...pressure...macam2 hal yang berlaku...Seperti ana,hal kerja sekolah...memang rasa tension jugak...lagipun,mungkin ramai lagi yang rasa macam tu sebagai pelajar F5 di sekolah..kami masih cuba untuk biasakan diri dengan keadaan ni..banyak jugak benda kena buat kan..
Senior tahun lepas ada cakap,masuk bulan 7 nanti,kami akan biasa dengan kehidupan yang agak busy ni..Hmm...harap2 ya lah..
Berbalik pada sahabat ana tadi,
tambah pulak dia ada masuk pertandingan yang bertarikh minggu depan(sabtu kalau tak salah)..Dia lepas pemilihan di sekolah dia..Ana hampir dapat tapi tak dapat..
Dan.....dalam keadaan dia sekarang,dia minta untuk ana ada untuk dia...untuk membantu,menyokong dia..

Duhai sahabat,
Maafkan aku kerna aku tidak mengetahui hal ini lebih awal...Apabila aku baca pesananmu untukku,aku hanya mampu menahan airmata dan berdo'a..Sudah tentulah aku akan terus ada untukmu...kerna aku sahabatmu..
Duhai sahabat,
Aku tidak pasti sama ada aku kan bisa menunaikan permintaanmu....kerna keadaanku yang......Engkau juga tahu bagaimana keadaanku..Sekarang ini,aku hanya mampu untuk menasihatimu..untuk terus berusaha,bertawakkal padaNya,berharap padaNya untuk memudahkan urusanmu..pintalah pertolonganNya..teruskan berdo'a
Dan aku hanya mampu untuk berdo'a....agar permintaanmu..dapat aku tunaikan..Berdo'alah duhai sahabat,berdo'alah agar permintaanmu itu akan menjadi suatu kenyataan...tanpa kita sangka..
Jikalau aku sendiri yang meminta,mungkin ia kan menjadi sukar..Maka marilah sama2 kita berdo'a agar permintaanmu akan menjadi kenyataan..Manalah tahu,jikalau dilembutkan hatinya,ia kan benar2 berlaku seperti yang kita inginkan..
Tetapi sahabatku,
Andai kata permintaanmu dapat aku tunaikan....tetapi ia bukanlah pada masa ini,..maafkanlah aku..
Andai kata permintaanmu tidak dapat aku tunaikan,maafkanlah aku..
Aku tidak berharap dan tidak mahu itu berlaku...namun,jika itulah yang terjadi,pada saat itu,aku hanya bisa menangis kekecewaan dan  terus berdo'a padaNya...agar engkau tidak tersalah faham apa yang berlaku,agar Dia membantu kita..
Aku mahu untuk terus ada untuk dirimu duhai sahabat..Maka janganlah engkau salah tafsir diriku..Ingatlah bahawa aku bukan insan yang asing pada dirimu,tetapi aku adalah sahabatmu..

bersama ini  disertakan juga 2 lagu untuk penghayatan kita bersama:
1.Devotees-Jejak Cita
2.Devotees-Selagi Hayatmu Di Sini



mungkin kadangkala aku tidak  sedar,tetapi aku juga merasakan yang aku memerlukanmu 
duhai sahabatku..

Thursday, February 14, 2013

TAK SANGKA...

السلام عليكم 

Subhanallah..

Sesuatu yang ana betul2 tak sangka akan berlaku dah berlaku hari ni..

Hari ni,satu perjalanan yang ibu dan ayah ana aturkan untuk bertemu sahabat baik mereka telah menjadi suatu yang besar pada ana.Ana tak sangka pulak sahabat baik ibu ayah ana tu bersama dengan kumpulan tabligh..
Awal2 tu memang rasa pelik dan kekok laa jugak dengan cara diorang.Tapi makin lama,semua perasaan tertanya-tanya,kekok dan lain2 tu makin kurang.Sebabnya,ana lebih fokus kepada bagaimana kumpulan tabligh bergerak,sikap mereka dan cara mereka jalani kehidupan.Seorang lelaki yang ikut kumpulan tabligh tu ialah sahabat baik ibu ayah ana.Melihat dia bersembang dengan ayah ana,in English sebab dia orang Pakistan...cara dia bercakap,apa yang dia cakapkan.....betul2 menarik perhatian ana untuk pergi lebih dalam dalam bidang agama..Pada masa yang sama,semua tu pun betul2 membantu untuk ana renung balik diri ana dan hidup ana selama ni..Banyak kata2 dia yang ana tak terfikir selama ni yang memang boleh dipersetujui..Yang paling buat ana rasa diri ni banyak kekurangan adalah bila ana lihat,perhati sikap mereka..Macam2 yang sahabat ibu ayah ana tu cerita,cakap..
First time jumpa tabligh,berhadapan dengan diorang...mendedahkan pada ana yang ramai orang salah kalau diorang fikir orang2 kumpulan tabligh biasa2 jaa..Pada ana,orang2 tabligh bukan biasa2 jaa....diorang ni orang2 yang hebat..Sebab apa?Sebab diorang hidup dengan Islam..(faham maksud ana kan?harap faham laa..)
Mungkin diorang ada perbezaan dengan masyarakat lain,tetapi diorang pun ada banyak kelebihan..

Moga Allah jadikan kita Muslimin dan Muslimat yang hebat dalam kalangan penduduk bumi dan penghuni langit..Moga Allah jadikan kita hamba2Nya yang soleh dan solehah..Aamiin..

So,mmm...dah tak ada idea nak tulis apa..Tu jaa kot dulu untuk kali ni..Yang boleh ambil manfaat,ambillah ye.. :)

Tuesday, February 12, 2013

~CUTI,CUTI,CUTI...~

السلام عليكم 

Alhamdulillah..ana dan keluarga ana selamat pergi dan balik dr percutian kami..
Sabtu lepas,kami bergerak ke Selayang untuk pergi ke kenduri kahwin sepupu ana..Boleh tahan meriah laa kenduri tu pada ana..Ada persembahan dari kumpulan marhaban lagi..
Lepas kenduri tu,kami terus pergi Klang..ke rumah sewa abang(dia belajar lagi)..Kami tidur sana 1 malam.Rumah sedara pulak dekat jaa..singgah jugak laa..
Esok tu,hari Tahun Baru Cina,kami gerak ke Melaka pulak..nak lawat abang ana lagi sorang yang praktikum kat sana..haha..satu malam di hotel tu memang seronok laa..anak sedara ana ada sekali jugak..:)
Pagi tu,nasib ana agak malang..atas sebab2 tertentu,mungkin jugak balasan dari Allah atas kesilapan ana,ana hampir lemas waktu berenang dalam swimming pool resort tu..huhu..lama tak berenang,jadi macam tu pulak..Alhamdulillah,Allah masih beri peluang pada ana untuk terus hidup..Tapi lepas tu,semuanya rasa OK lagi..Makan sedap,dapat jalan2 kejap..kan bagus dah tu..:)
Ada baik buruknya kenangan2 dalam kami melancong ni..Tapi,seronok tetap seronok..Ana bersyukur Allah beri peluang untuk kami melancong sama2..

Apa pon,kita kena ingat,dalam kita berseronok pon,kita tak boleh lupa pada Allah..tak boleh ego dengan Dia..
Sekarang ni,mula laa pulak masa untuk get ready untuk sekolah minggu depan..kerja sekolah,kerja kokurikulum sekolah,get ready nak join pertandingan...macam2 jugak laa..hehe...harap2 ana boleh settlekan semuanya dengan baik..

Akhir kata buat kali ni,apa yang ana tulis kat post ni yang boleh dibuat pengajaran,ambillah ye..kalau ada..

Friday, February 1, 2013

~BICARA RINDU~

السلام عليكم 

Alhamdulillah,dapat jugak ana nak menulis lagi di blog ana ni..

Hmm...agak2 apa khabar sahabat2 ana?Ana nak lagi spend time dengan diorang..Rindu rasanya nak jumpa,bersembang lagi dengan diorang..Ana pun tak tau nak kata rindu macam mana..hehe..Banyak yang ana nak kongsikan dengan diorang...and mungkin diorang pun sama..
Sekarang ni,tiap2 kali ana tengok bulan(especially bulan penuh),ana akan teringat sahabat2 ana...and ana akan berharap diorang pun sedang memandang bulan yang sama,ana berharap diorang tak lupa ana.

Duhai sahabatku,apa khabar engkau di sana?Aku benar2 berharap,engkau dalam keadaan yang baik(fizikal,mental dan spiritual).Aku benar2 berharap,engkau tidak lupa akan aku..Aku berharap,berdo'a dengan setulus hatiku...moga ukhuwah,hubungan,jalinan yang terbina antara kita tidak akan putus,tidak akan tercemar dek hasutan syaitan dan nafsu serta fitnah dunia.Aku mengharapkan...moga ukhuwah,hubungan,jalinan antara kita akan berkekalan buat selama-lamanya,hingga ke syurgaNya...bersama redhaNya..Aamiin..
Tidak kira jauh atau dekat,kasih antara kita tak kan hilang..kita tetap bersama..Ayuh sahabatku,kita kukuhkan lagi jalinan ini...agar ianya tak akan hilang dalam arus kehidupan...agar ia kan berkekalan..
Ya Allah,Engkau berkatilah,Engkau redhailah hubungan yang terbina antara kami.Janganlah Engkau jauhkan,pisahkan,renggangkan kami dari sesama kami.Engkau peliharalah hubungan kami ini,rahmatilah ia dan bawalah hubungan kami ini hingga ke syurgaMu..Jadikanlah kami hamba2Mu yang soleh dan solehah.
Aamiin..
Moga Allah akan bantu kita untuk terus kuat dalam menghadapi segala dugaan,ujian daripada Dia.Biiznillah,semua yang berlaku ini ada hikmah yang tersedia bagi kita.Aku akan terus berdo'a untuk kita..
Aku sentiasa mengharapkan hanya yang terbaik untuk diriku dan orang2 yang aku sayangi..Kenangku di dalam do'amu..Semoga Allah melimpahkan barakahNya ke atas kita.Aamiin..

~Duhai sahabatku,aku menyayangimu...setulus hatiku..ikhlas hanya kerana Dia Yang Maha       
  Menyayangi~