Tanpa ku sangka
Memulakan sebuah episod yang baru
Dalam hidupku
Mungkin pada mata orang lain
Kau sama seperti mereka
Tetapi pada mataku,
Engkau berbeza dengan mereka
Engkau mempunyai keunikan tersendiri
Telatahmu mencuit hatiku
Tutur katamu menceriakanku
Senyum tawamu menghiburkan aku
Akhlakmu,peribadimu menawan hatiku
Penuh keindahan
Penuh berhikmah
Menjadi ingatan sepanjang masa
Engkau sentiasa di sisiku
Di kala suka dan duka
Menjadi peneman hidupku
Membawa sinar bahagia padaku
Di kala aku kian lemah,
Engkau hadir
Memberikanku kekuatan
Mengingatkanku pada Tuhan
Takkan aku lupakan
Setiap kenangan yang kita alami bersama
Biarpun suka atau duka,
Akan aku tetap
Berada di sampingmu
Takkan aku lupakan
Dirimu yang sentiasa menjadi teman
Dirimu yang sedia menghulurkan bantuan
Dirimu yang dikurniakan Tuhan
Buat diriku ini
Takkan aku lepaskan
Dirimu yang menjadi teman
Membawa suatu sinar baru
Dalam hidupku
Tidak aku peduli
Apa jua kelemahanmu
Apa jua rahsiamu
Engkau tetap menjadi temanku
Akan aku berusaha
Untuk melaksanakan tanggungjawabku
Sebagai seorang teman
Buat dirimu
Jangan pula engkau lupakan
Diriku yang ingin menjadi temanmu
Yang ingin sentiasa ada di sampingmu
Yang ingin mencipta kenangan indah bersamamu
Yang ingin menyinari hidupmu
Ikhlas aku katakan
Aku menyayangi engkau
Dengan setulus hatiku
Kerana Dia yang Maha Penyayang
Aku berharap,
Engkau jua begitu
Kalimah syukur aku ucapkan
Atas rahmat kurniaan Tuhan
Yang menjalinkan
Hubungan yang begitu indah
Sesama kita yang bergelar insan
Dengan harapan yang tinggi
Aku melafazkan do'a
Moga ukhuwah yang terbina ini
Akan berkekalan buat selamanya
Dengan naungan payung redhaNya
Moga hubungan yang terjalin
Mendapat barakah dariNya
Aamiin..
Diri inilah yang sentiasa mengingati,merinduimu
sahabatku...temanku
No comments:
Post a Comment