Tuesday, November 13, 2012

TEGUR-MENEGUR

السلام عليكم

Kali ini,ana nak sentuh sikit tentang satu perkara yang berkaitan dengan da'wah iaitu teguran.

Ana nak sentuh mengenai dua pihak dalam sesuatu proses teguran...iaitu pihak yang menegur dan yang ditegur.

Pihak yang menegur 


Mari kita fikirkan semula,bagaimana boleh wujudnya pihak ini?Apa sebab mereka ini menjadi pihak yang menegur?


Jawapan yang boleh ana berikan adalah mereka ini ialah mereka yang memahami sifat manusia yang mudah lupa dan lalai.Oleh itu,mereka menegur untuk mengingatkan manusia pada Allah dengan kebenaran.

Mereka ini juga ialah mereka yang mempunyai sifat penyayang kerana mereka mengerti bahawa orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara.Sifat kasih sayang pada diri mereka mendorong mereka untuk saling menegur.
Tetapi,satu perkara yang hanya segelintir sedar akan perkara ini adalah mereka yang menegur ini hanya berniat untuk menegur dan pada masa yang sama,mereka mengharapkan sebarang kesalahan yang mereka lakukan juga akan ditegur tak kira sama ada semasa mereka menegur atau tidak.

Pihak yang ditegur


Sekali lagi,mari kita fikirkan,bagaimana boleh wujudnya pihak ini?Apakah sebabnya mereka ditegur?


Jawapan yang ana boleh berikan adalah mereka ini adalah terbukti manusia...kerana mereka mudah lupa dan mudah melakukan kesalahan.Mereka ini juga adalah golongan yang dirisaukan jauh dari Allah.Maka dengan itu,mereka menjadi pihak yang ditegur.



Pada zaman ini,banyak yang kita boleh lihat adalah...pihak yang menegur dan ditegur....kadangkala saling membenci,tidak bersepakat,saling mencari kesalahan pihak masing-masing.Ini semua tak sepatutnya berlaku.Apabila ada pihak yang menegur,pihak yang ditegur perlu memikirkan kebenaran yang terdapat di sebalik teguran itu dan cari hikmah di sebalik apa yang berlaku.Kita tidak boleh hanya melihat pada si penyampai,kita juga perlu lihat pada isi penyampaiannya.Tetapi,kita perlu turut berhati-hati dengan si penyampai dan isi penyampaian sesuatu teguran kerana kita perlu bijak mengenali mana yang benar,mana yang bohong.


Tidak salah jika yang ditegur memberi teguran kepada yang menegurnya..Kerana yang menegur itu juga manusia..Manusia mempunyai kelemahan.Dan pihak yang ditegur juga perlu menerima teguran dari orang yang menegur apatah lagi sekiranya teguran yang diberi itu mempunyai kebenaran padanya.


So,bagi kita semua yang ada sifat macam ni,yang bagus tu baguslah,yang tak bagus tu kita sama2 cuba baguskan ye...:)

Maaflah ana tak boleh tulis banyak sangat..Banyak jugak tak ingat apa yang nak ditulis..hehe..

Oh ya..satu lagi..

Teguran yang kita berikan tu janganlah kita hanya berikan pada orang lain,tetapi kita lupa tegur diri sendiri..tak boleh laa macam tu..Play fair...berikan teguran untuk perkongsian kita bersama..:)

السلام عليكم

No comments:

Post a Comment