السلام عليكم
Agak lama dah tak menaip untuk pengisian blog ni..So, type3.. hehe
Untuk renungan di pagi rabu ni, let's ask ourselves one question..
Pernah tak kita mengaku kita ni bodoh??
Agak kasar bunyinya kan?Tapi kalau kita fikir2kan,sometimes we have to be harsh,tough to ourselves..Meh kita fikir meh, kalau orang kata kita bodoh...atau panggil kita dengan panggilan bodoh, kita marah kan?Kita tak suka kan?Hakikatnya,sifat kurang pintar atau bodoh(dalam bahasa kasarnya) adalah satu sifat yang tak lari dari diri kita.Allah yang menjadikan kita pintar,cerdik,pandai...dengan apa?Dengan ilmu..
Salah satu nama Allah adalah العليم yang bermaksud Yang Maha Mengetahui..
Allah mengurniakan manusia dengan akal untuk membantu manusia berfikir...lantas meningkatkan daya berfikir dan pengetahuan kita.
Malangnya,kadangkala kita lupa.Kadangkala kita tak mahu ambil tahu.Itulah yang menjadi kelemahan kita dalam menuntut ilmu.Ilmu bukan saja boleh diperoleh dari kitab2,syarah2 guru2 atau sheikh2, malah pengalaman juga menjadi sumber kita memperoleh ilmu.Sebab itulah kita mengatakan bahawa pengalaman mematangkan kita.Musibah mengajar kita.Di sebalik setiap perkara yang berlaku,pasti ada hikmahnya yang tersendiri..Mungkin kita boleh terus tahu apa hikmahnya dan mungkin juga kita memerlukan masa untuk berfikir, mencari, merenung hikmah di sebalik sesuatu.
Saat kita menjadi benar2 bodoh adalah ketika mana kita melakukan perkara yang dimurkai, dibenci Allah...sedangkan kita tahu, perlakuan maksiat hanya akan merugikan kita..Jikalau kita tahu bahawa sesuatu perbuatan itu adalah perbuatan maksiat, tetapi kita tidak berusaha menjauhkan diri darinya, malah kita turut sama melakukannya,...di saat itu kita telah menjadi benar2 bodoh.Bodoh kerana kita mengambil keputusan untuk mengabaikan undang2 Allah, menolak tepi peraturan2 Allah...sedangkan kita tahu kita tak sepatutnya berbuat sebegitu..
Sama2lah kita berdo'a dan berusaha agar kita tidak termasuk dalam kalangan orang2 yang sebegini bodoh agar kita tidak mengalami kerugian dalam kehidupan di dunia ini dan akhirat nanti.Moga kita kan menjadi hamba2Nya yang soleh dan solehah.. Aamiin..
Semua ni hanyalah sekadar pendapat ana sendiri.Kalau ana ada tersilap,tegurlah ya..Maafkan ana jika ana ada terkasar bahasa dalam menyampaikan renungan pagi ni..Sometimes,we have to say things straight to the point so that the message will surely spread..And sometimes, the truth may taste bitter, but in the end we'll find the sweetness hidden in the bitterness..
I guess that's it for now.Moga renungan pagi ni membawa kita ke arah yang lebih baik dan positif.
السلام عليكم
No comments:
Post a Comment