Alhamdulillah!!Lepas lama dah tak blogging,kali ni dapat jugak blogging kejap..Miss me?hehe..
Well,mungkin dah agak terlambat tapi ana nak ucap jugak..
~Selamat Menyambut Aidilfitri Mubarak 1434 Hijrah~
:)
Ana harap semua pelawat,pembaca blog ana sihat2,OK2 jaa..
Dalam ana blogging kali ni,ana nak sampaikan mesej sikit pada seorang sahabat ana..Ana cuba hantar mesej melalui e-mel ada masalah pulak dengan sistem..harap2 dapat laa hantar..buat masa ni,ana sampaikan mesej kat sini dulu..Sahabat,kalau boleh,nanti balas di sini and mungkin lepas tu kita boleh mudah berhubung..
> Sahabat,maafkan aku andai perkara yang berlaku antara kita buat dirimu sedih..Apa2 pun,aku ingin kau kuat..Jangan sesekali berputus asa...jangan walaupun sekejap.Aku fikir,sekarang ni mungkin engkau dah tahu apa engkau patut buat..Cuma kali ni,lebihkan usaha ya..Aku harap engkau faham keadaanku sekarang..Ingat semua pesanan,nasihat aku padamu..Jangan lupa..
Kuatkan diri..Engkau perlu banyak bersabar dan jangan mintak perkara buruk untuk berlaku..
Aku harap engkau tak akan lupakan aku..In Shaa Allah,lepas SPM tahun ni,things will be a lot easier..
Aku faham keadaan,perasaan engkau..Kuatkan diri,banyakkan usaha,banyakkan berdo'a ok?Yakin dengan Allah,berharap dalam berdo'a pada Dia.. <
Bukanlah aku insan yang memutuskan hubungan,silaturrahim,jalinan dengan sesiapa pun...kerana aku tahu apa akibatnya..Aku ingat akan amaran Rasulullah tentang hal ini..Pasti bodoh jika aku putuskan hubungan tak kira dengan siapa pun..Ingatlah wahai pembaca,seburuk mana layanan orang pada kita,kita cuba layan mereka dengan baik..Jangan buang orang yang masuk dalam hidup kita dari hidup kita..Kita tak boleh buang syaitan yang sememangnya sebahagian dari hidup kita kan?Tapi kita benci syaitan kan?Macam tu laa kita dengan manusia..Benci atau sayang,kalau dah sebahagian dari hidup kita,jangan kita buang macam tu jaa..
Dalam menghadapi Ramadhan tahun ni,pelbagai ujian datang melanda..mungkin Dia benar2 ingin menegur khilaf pada diriku ini..Ana harap,Ramadhan kali ni menjadi titik perubahan pada diri kita,titik permulaan hijrah kita untuk menjadi hamba2Nya yang soleh dan solehah..Aamiin..
Ya Allah,ampunilah segala dosaku,dosa kedua ibu bapaku,dosa semua orang yang ku sayangi dan dosa semua orang yang disayangi oleh mereka yang ku sayangi..kuatkanlah keimanan kami padaMu dan teguhkanlah ketqwaan kami padaMu..Jadikanlah kami hamba2Mu yang soleh dan solehah..Bimbinglah kami dalam setiap langkah kami..Peliharalah hubungan silaturrahim antara kami..Bagi orang2 yang kami sayangi dan orang2 yang disayangi oleh mereka yang kami sayangi...yang telah pergi meninggalkan alam dunia ini,Engkau jadikanlah kubur mereka sebagai taman syurga bagi mereka...bukanlah lubang dari lubang2 neraka..Berkatilah kami semua..Jadikanlah kami semua penghuni syurgaMu,bukanlah penghuni nerakaMu..
Aamiin..Ya Rabbal 'alamin..
Trial SPM kat sekolah ana mula 19 Ogos nanti...Do'akan kejayaan kami yang nak hadapi UPSR,PMR dan SPM ya..
No comments:
Post a Comment