السلام عليكم
I've been keeping this for a kinda long time...I think it's time for me to share it..
Sedikit....Kata2 Tentang Cinta:
Nak mencari,mestilah sudi
Sudi mencari,pasti bertemu
Bila dah bertemu,pastikan berkualiti
Kalau berkualiti,mestilah baik sekali
Kalau berkualiti,tentu padan dengan diri
Oleh itu,peganglah sekuat hati
Jangan sesekali lepaskan
Andai terlepas,rugi pulak nanti
Cintailah dia sepenuh hati
Kerana dialah...cinta sejati
Cari ilmu,bertemu cinta
Cari cinta,bertemu pemilik cinta
Bertemu pemilik cinta,hadirlah teman
Bertemu teman,berputik kemesraan,bersemi cinta
Teman itulah...anugerah dari Dia
Teman itulah...teman sejati
Menjadi kekasih di kamar hati
Bersama di dunia,bersama juga di taman syurga
Jika ingin mencari cinta manusia,suburkanlah dahulu cinta padaNya yang memberi rasa cinta
Jangan biarkan cinta pada makhluk mengaburi cinta pada Allah
Cinta itu tinggi nilainya...Peliharalah kesuciannya...
Sebuah hubungan(tak kira hubungan apa pun) akan bertahan apabila ia wujud atas dasar cinta pada Allah dan cinta kerana Allah...serta disemai dengan Iman dan dibaja dengan Taqwa
Jangan hanya berusaha mencari pasangan yang soleh/solehah,berusaha juga untuk menjadi yang soleh/solehah
Jaga hati....Iman...
p/s:semua kata2/nasihat/peringatan ni adalah untuk kita semua ye..i remind myself and other people..:)
alhamdulillah...in shaa Allah ya mujahid... :)
ReplyDelete