Tuesday, December 25, 2012

KENAPA PERLUNYA TEMAN??

السلام عليكم 

Sudah menjadi fitrah dalam diri setiap manusia untuk mempunyai teman.Seorang manusia tak kira lelaki atau perempuan mempunyai perasaan untuk menyayangi dan ingin disayangi.Seorang teman ialah seseorang yang menyayangi kita dan kita juga menyayangi dia.Kehadiran dia dalam hidup kita menjadikan kita gembira,senang hati dan beruntung kerana dialah yang ada di sisi kita tika kita gembira,sedih..Dialah yang menasihati kita,mendorong kita untuk berjalan dan terus kekal di atas jalan yang benar..

Dalam kalimah 'TEMAN' itu,terselit tiga diri..Diri seorang kawan atau rakan,diri seorang sahabat...dan diri seseorang yang benar2 dikatakan teman..Tiga diri ini mempunyai tahap tertentu dalam sesebuah silaturrahim yang membezakan mereka sesama mereka dalam pandangan seorang manusia.


Selain fitrah,sikap manusia yang mudah lupa,yang kadangkala terlalu mudah untuk hanyut dengan dunia...menjadi sebab kenapa seseorang perlukan teman dalam hidupnya.Seperti yang ana sebutkan tadi,dialah yang menasihati kita,mendorong kita untuk berjalan dan terus kekal di atas jalan yang benar..
Mungkin dia melakukannya dengan pelbagai cara...Secara diam2 atau terang2an..mungkin juga dia tak melakukan seperti yang ana katakan..Tetapi,tanpa kita sedar,mungkin ada sepatah atau dua patah perkataan yang keluar dari mulutnya....boleh menjadi suatu nasihat untuk kita.

Hakikatnya,seorang manusia perlukan teman dalam hidupnya kerana tanpa teman,pasti dia akan berasa sunyi.Teman itu mengisi hidupnya dan dengan izin Allah,mereka boleh terus menjadi teman bagi diri masing2 hingga ke syurgaNya..

Seorang manusia tak akan sanggup,tak akan mahu kehilangan teman2nya..Sekiranya teman2nya membawanya lebih dekat dengan Tuhan,dia akan terus cuba mengeratkan hubungan antara mereka.Begitu juga dia akan terus cuba mengeratkan hubungan antara mereka untuk dia juga membantu membawa teman2nya lebih dekat dengan Tuhan....sedaya upayanya..
Sekiranya teman2nya itu ingkar dengan Tuhan,dia akan berusaha membimbing mereka ke arah yang benar...begitu juga teman2nya lakukan kepada dirinya..
Sekiranya teman2nya kufur dengan Tuhan,mungkin dia akan melepaskan mereka......atau mungkin dia akan terus cuba,berusaha untuk membawa mereka kembali pada Tuhan..itu adalah menurut hati masing2..manusia berbeza...

Seorang manusia bukan saja mencintai Tuhan,bahkan dia mencintai kerana Tuhan...Dan Tuhannya hanyalah satu...ya'ni Allah..
Dia mencintai teman2nya kerana Allah...tetapi dia tidak biarkan cintanya terhadap makhluk mengaburi atau mematikan cintanya kepada pemilik cinta...iaitu Allah..




Wahai teman2ku,aku rindukan kalian...Moga kalian sentiasa di bawah peliharaanNya..Moga kita sentiasa mendapat redhaNya..

No comments:

Post a Comment