Sebelum ni,bila orang lain ditimpa musibah atau ujian yang terasa berat,aku dengan mudahnya kata pada orang tu,"Sabarlaa ea..Ni semua cara Allah nak uji kita.Mungkin kita ada buat salah,Dia nak tegur" and macam2 lagi laa..
Sekarang,bila aku diuji dengan ujian yang aku rasa berat,aku rebah awal lagi dari orang2 lain yang pernah aku tegur.Walaupun sebelum ni mungkin aku pernah diuji dengan perkara yang sama atau hampir sama,aku tetap boleh lemah..Aku mengaku,kadang2,bila aku tegur orang2 yang diuji dengan macam2 hal,aku steady jaa..Tapi tu tak bermaksud aku tak ada perasaan,aku tak faham diorang..Kadang2,apa yang diorang alami tu tak jauh bezanya dengan apa yang aku alami..
Kadang2,aku boleh gagah dengan ujian yang Dia timpakan pada aku.Sebab aku tahu,ada masanya,aku boleh jadi teramat bodoh..Aku terima ujian tu dan aku cari hikmah dari ujian tu..Tapi kadang2,aku jadi teramat lemah sampaikan nak berdiri pun terasa susah bila diuji..Lalu aku cari tempat untuk aku luahkan perasaan,masalah aku..Tapi,aku lebih banyak cari manusia untuk aku luahkan perasaan..Lebih dari aku cari Dia..Sepatutnya,aku cari Dia dulu...sebab Dia yang timpakan ujian tu pada aku..Dia satu2nya yang betul2 faham aku..Sebab aku dah sedar tu sekarang,tiap2 kali aku diuji,apatah lagi dengan ujian yang berat,aku akan cuba untuk pastikan diri aku ingat yang aku sentiasa ada Dia.Memang...memang kalau aku dapat,aku luah pada manusia jugak..Pada sahabat2,teman2,orang2 yang rapat dengan aku....tapi aku tetap akan pastikan...aku luah pada Dia..
Ya Allah,aku redha dengan ujian yang berikan pada aku..
Tapi aku lemah Ya Allah..
Aku masih lemah...
Aku mohon,kuatkanlah aku...bantulah aku untuk menempuh ujian yang Kau beri,untuk aku tempuh hidup ini..
Janganlah Engkau jadikan ni'mat yang Engkau berkan kepada aku sebagai istidraj..
Ya Allah,kuatkanlah Iman aku...agar aku tidak tergelincir dari agamaMu....disebabkan ujian yang Kau berikan pada aku..
Jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa ingat padaMu di saat Kau menguji aku...dan di waktu2 lain
Ya Allah,hadirkanlah pada aku seseorang yang bisa sentiasa ada di sisi aku...yang bisa memahami aku...agar Engkau boleh menegur aku tika aku lalai dan alpa,tika aku diuji olehMu......melalui dia..
Hadirkanlah pada aku seseorang yang bisa membantu aku dalam hal2 dunia dan akhirat,di samping terus membantu aku memelihara dan menguatkan lagi Iman,Taqwa dan 'Aqidah yang ada pada aku..
Dan berilah aku keupayaan.....untuk aku lakukan yang sama pada dia..
Ya Allah,sesungguhnya Engkau lebih menyukai Mu'min yang kuat dari Mu'min yang lemah..Maka bantulah aku untuk menjadi Mu'min yang kuat pada tubuh badan,hati,jiwa,Iman dan Taqwa....serta pegangan 'Aqidah..
Ya Allah,kami ingin menjadi hambaMu,Muslim,Mu'min yang soleh..Berilah aku kekuatan untuk aku melalui duri-duri di jalan hijrah ini..Berikanlah kepada aku keikhlasan dalam hijrahku ini agar aku ikhlas berhijrah hanya keranaMu dan bukan kerana dunia ini..
Berikanlah aku kekuatan untuk aku terus bermujahadah,berjuang di jalanMu..
Hiasilah diriku ini dengan sifat dan akhlak penghuni syurgaMu dan jauhkanlah aku,buangkanlah dari diriku sifat penghuni nerakaMu..
Jadikanlah aku sebahagian dari orang-orang soleh...
Aamiin Ya Rabbal 'Alamin..
وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَىۡءٍ۬ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٍ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٲتِۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ (١٥٥) ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِيبَةٌ۬ قَالُوٓاْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ (١٥٦) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ عَلَيۡہِمۡ صَلَوَٲتٌ۬ مِّن رَّبِّهِمۡ وَرَحۡمَةٌ۬ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُهۡتَدُونَ (١٥٧
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (155) (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (156) Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya. (157)
No comments:
Post a Comment