Wednesday, December 5, 2012

APABILA WUJUDNYA CINTA KERANA ALLAH

Apabila wujudnya cinta kerana Allah,

Seseorang itu
Tidak kan sanggup
Menyakiti orang yang dicintainya

Seseorang itu
Tidak kan sanggup
Mengkhianati orang yang dicintainya

Seseorang itu
Tidak kan sanggup
Melepaskan orang yang dicintainya

Seseorang itu
Tidak kan sanggup
Membiarkan orang yang dicintainya
Meninggalkan hati,minda dan dirinya

Seseorang itu
Tidak kan sanggup
Meninggalkan orang yang dicintainya


Apabila wujudnya cinta kerana Allah,

Seseorang itu
Sentiasa memaafkan 
Kesalahan orang yang dicintainya

Seseorang itu
Sentiasa berusaha
Melindungi orang yang dicintainya

Seseorang itu
Sentiasa berusaha
Memahami orang yang dicintainya

Seseorang itu
Sentiasa rela
Berkorban demi orang yang dicintainya

Seseorang itu
Sentiasa mahu
Berada di samping orang yang dicintainya

Seseorang itu
Sentiasa mengharapkan
Hanya yang terbaik untuk orang yang dicintainya




Apabila wujudnya cinta kerana Allah,seseorang itu sentiasa mengharapkan orang yang dicintainya juga mempunyai sifat yang sama sepertinya(yang disebut di atas)



1 comment:

  1. Assalamu'alaikum,para pembaca..:)
    Jikalau ada yg trlupa,ana nk igtkn...supaya kita semua bleh sama2 igt..
    Klu disebut cinta,jgn kita cuma fikir cinta antara seorang lelaki dan perempuan..Cinta itu sesuatu yg besar,luas skopnya..
    ana ambil ni dr sebuah prkongsian dr seorang sahabat ana:
    "Mencintai seseorang kerana Allah maksudnya menjaga hubungan kasih sayang antara seorang Muslim dengan saudaranya atas landasan iman kepada Allah SWT dan amal soleh.Kita mencintai saudara kita bukan kerana keuntungan kebendaan atau harta, kita membencinya atau menjauhinya bukan kerana kemiskinan atau tidak memperoleh manfaat dunia darinya. Ukuran kecintaan kita kepadanya adalah atas dasar iman dan amal salih.Tanda mencintai seseorang muslim juga ialah menolongnya pada saat dia memerlukan bantuan, tidak membuka aib, tidak membenci, tidak iri dan dengki terhadap nikmat yang diberikan Allah kepada saudara kita. Selain itu kita juga hendaklah mdoakan buat saudara kita tanpa pengetahuannya dan mengucapkan salam jika bertemu, bertanya khabar keadaannya, tidak berkelakuan sombong kepadanya"...
    Petikan blog Ustaz Zahazan Mohammad

    ReplyDelete