Tuesday, December 4, 2012

PERJALANAN SEBUAH CINTA

Sebuah pertemuan antara dua orang insan bergelar adam dan hawa,telah mencetuskan sebuah perkenalan.Perkenalan mereka kini menjadikan mereka sahabat baik.Walaupun mereka bersahabat baik,mereka tidak lupa akan rakan2,sahabat2 mereka yang lain.Persahabatan mereka sama sekali tidak melalaikan mereka dari mengingati Tuhan,malah mereka juga saling memperingati antara satu sama lain agar tidak alpa dengan dunia sehingga melupakan Dia.Mereka bersahabat ikhlas kerana Allah.




Kini,kedua mereka telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik..Mereka amat gembira,berpuas hati dan bersyukur atas kejayaan mereka.Dengan kehendak dari Tuhan,mereka masing2 menerima tawaran yang memanggil  mereka untuk menyambung pelajaran dalam bidang kehendak masing2..Buat seketika,mereka terpaksa berpisah.Tetapi,mereka redha...kerana mereka tahu,situasi ini berlaku pada ramai insan yang ingin mengejar kejayaan.Kini,mereka masing2 berusaha untuk mempertingkatkan ilmu mereka...tanpa mereka lupa pada Tuhan,ibu bapa mereka dan rakan2,sahabat2 mereka..





Dalam kesibukan yang melanda, mereka tidak pernah lupa untuk saling mendo'akan sesama mereka untuk orang2 lain yang rapat dengan mereka,yang mereka sayang..Di hati mereka,timbul satu perasaan yang tak pernah timbul dalam diri mereka sebelum ini.Satu perasaan yang mereka tidak tahu bagaimana untuk menerangkannya dengan kata2.Lalu mereka berdo'a,meminta pada Tuhan agar membantu mereka untuk mengetahui,perasaan apakah yang bertapak di hati mereka ini..Mereka menerima jawapan dari Tuhan..Satu jawapan yang mengejutkan mereka.Mereka telah jatuh cinta sesama mereka.Tetapi,yang bergelar adam itu tidak tahu bahawa yang bergelar hawa itu,sahabat karibnya juga merasakan yang sama dan begitu jugalah yang bergelar hawa itu tidak tahu bahawa yang bergelar adam itu,sahabat karibnya juga merasakan yang sama..Tidak seperti insan lain yang hanyut dalam arus percintaan,mereka mengawal perasaan mereka,mereka menjaga hati mereka agar tidak lalai dan alpa..Oleh kerana mereka tidak dapat menghalang perasaan cinta itu,mereka berdo'a pada Dia yang mengurniakan perasaan cinta itu kepada mereka.Mereka berdo'a,mengharapkan hati mereka ikhlas dan mengharapkan keredhaanNya dalam percintaan mereka ini..





Setelah agak lama mereka terpisah,kini mereka mendapat peluang untuk bertemu dan meluangkan masa bersama sahabat2 mereka lagi..Selain itu,mereka turut berfikir untuk bertemu sesama mereka.Mereka tidak pernah berdua-duaan,malah mereka hanya bertembung muka apabila keluarga mereka saling berjumpa.Kini,mereka menggunakan peluang yang sebentar ini untuk berhubung semula sesama mereka.Hubungan mereka tak pernah terputus,cuma sebelum ini,kesibukan mereka tidak membolehkan mereka selalu berhubung.Namun,mereka tetap redha.Selepas beberapa lama,yang bergelar adam itu pun meluahkan perasaannya,cintanya pada yang bergelar hawa..Pada mulanya,mereka saling terkejut apabila mengetahui bahawa mereka sememangnya saling mencintai,tetapi kemudian,mereka melafazkan rasa syukur. Mereka membuat keputusan untuk berkahwin.





Lalu mereka berbincang dengan ibu bapa mereka mengenai hasrat suci mereka itu..Alhamdulillah,mereka mendapat restu,redha dan persetujuan ibu bapa mereka..Untuk tidak mahu menangguhkan niat suci mereka,yang bergelar adam bersama keluarganya bertemu keluarga yang bergelar hawa itu untuk mereka melaksanakan langkah awal dalam sesebuah perkahwinan,iaitu pertunangan.Pertunangan mereka dilakukan dengan cara yang mudah,tidak seperti adat Melayu sekarang.Kini,mereka menanti hari untuk mereka diijabkabulkan..





Alhamdulillah,kini,saat yang mereka nantikan telah tiba..Satu hari yang amat penting bagi mereka...Hari pernikahan dua insan yang bercinta kerana Allah,hari mereka bakal melangkah ke alam perkahwinan..Dengan izin Allah,mereka diijabkabulkan dengan sah.Kini,mereka bergelar suami dan isteri.. Walaupun kehidupan mereka selepas pernikahan akan berubah,mereka tetap berusaha mempersiapkan diri mereka untuk menghadapinya...kerana sesudah diijabkabulkan,mereka sedar bahawa tanggungjawab mereka juga brtambah..Mereka sentiasa berdo'a agar perkahwinan mereka akan terus kekal hingga ke syurgaNya...dan mereka berusaha untuk menjadikan do'a mereka suatu kenyataan..Mereka terus berusaha untuk mewujudkan dan mengekalkan 'mawaddah' dan 'rahmah' dalam rumahtangga mereka...





Cerita ini adalah semata-mata rekaan dari akal dan minda ana...tiada kaitan dengan sesiapa melainkan semua insan.Moga cerita ini boleh sedikit sebanyak memberi manfaat pada kita semua..Aamiin... :)




Sebuah hubungan(tak kira laa hubungan apa pun) akan berkekalan jika hubungan itu diasaskan dengan iman,disemai dengan taqwa dan dikuatkan dengan rasa cinta kepada Allah dan cinta kerana Allah

No comments:

Post a Comment