Wahai sahabatku,
Apa khabar engkau di sana?Moga engkau sentiasa dalam peliharaan Allah.. Aamiin
Sudah sekian lama kita tidak saling bersua,berbicara..Namun,tidak pernah terdetik dalam hatiku untuk melupakanmu...apatah lagi meninggalkanmu sendirian.Setiap detik dan kenangan yang telah kita lalui,alami bersama...tidak akan aku lupakan..InsyaAllah
Wahai sahabatku,
Ingin aku peringatkan padamu, hidup kita adalah dengan pergantungan kepada Allah.Setiap sesuatu yang berlaku di dunia ini...semuanya adalah atas kehendak,ketentuanNya.
Tidak dinafikan lagi,setiap manusia akan menerima pelbagai bentuk ujian dariNya...tanpa mengira siapa dirinya.Adakalanya,ujian yang Dia berikan kepada kita...terasa amat berat untuk kita tanggung.Tetapi,Dia telah memberitahu kita bahawa Dia tidak akan menguji seseorang dengan ujian yang berat sehinggakan dia tidak dapat menanggungnya.Oleh itu,tika mana dirimu diuji,ingatlah...semua ini adalah satu bentuk ujianNya pada kita.Mungkin juga ini caranya Dia menegur kita atas kelalaian kita.Ingatlah tika mana dirimu diuji,hanya Dia yang boleh membantu kita.Walaupun pada pandangan kita,mungkin makhlukNya yang membantu kita...tetapi yakinlah dengan hatimu,Allahlah yang menjadi penolong sebenar kita.Oleh itu,walau apapun yang berlaku,carilah Dia..Ingatlah Dia...sebelum engkau pergi pada makhluknya...walaupun sebentar,walaupun sedikit..Kerana itulah yang membuktikan bahawa dirimu adalah hambaNya.Janganlah sesekali engkau berputus asa dengan rahmat dan kasih sayangNya.Ingatlah,Dia masih membenarkan kita untuk terus hidup pada saat ini...kerana dia ingin memberi kita peluang untuk terus berusaha untuk menjadi hamba2Nya yang soleh/solehah.
Wahai sahabatku,
Mungkin pada pandanganmu,aku ialah seorang yang kuat,tabah menghadapi ujian hidup.Mungkin pada pandanganmu,aku tidak lemah menghadapi segala ujianNya.Tetapi,pada hakikatnya,aku hanyalah seorang manusia...yang lemah.Aku juga bisa tewas saat ujian mendatang.Aku juga bisa menjadi sepertimu...menangis apabila sesuatu ujian menimpa diriku.
Satu nasihat dariku...buat penghayatan kita bersama..
Walau apa pun yang menimpa diri kita,yakinlah,ada hikmah yang tersembunyi di sebalik semua itu.Mungkin ianya perkara yang menyakitkan,mungkin juga ia indah sekali...apa yang pasti,hikmah di sebaliknya juga pasti indah...kerana semua yang berlaku adalah atas kekuasaanNya,kehendakNya..Marilah duhai sahabat,kita berusaha dan terus berusaha untuk mencari segala hikmah di sebalik setiap perkara yang berlaku pada kita.InsyaAllah,ia akan membantu kita untuk terus kuat dalam menghadapi hidup ini..Moga Allah akan sentiasa bersama kita,membimbing kita sepanjang hidup kita..Aamiin
sama2lah kita semaikan kata2 nasihat ini di dalam hati kita dan ber'amal dengannya
Wahai sahabatku,
Aku tidak sesekali meragui kesetiaanmu,ketulusanmu dalam bersahabat denganku.Moga ukhuwah yang terbina antara kita...kan kekal selamanya...hingga ke syurgaNya.Aku harap,engkau tidak kan lupa akan aku..Aku harap,kita kan bisa bertemu lagi suatu hari nanti...untuk kita terus mencipta kenangan bersama.Maafkanlah segala kesalahanku terhadapmu...selama mana kita berteman.Do'akanlah aku duhai sahabat..InsyaAllah,aku akan sentiasa berdo'a untukmu...untuk kita.
buat seorang temanku,cik KS,tunggulah aku..InsyaAllah,I'll be there.. :)
Ya Allah,Engkau peliharalah ukhuwah yang telah terbina antara kami.Sesungguhnya,Engkaulah yang telah menetapkan pertemuan kami.Janganlah Engkau pisahkan kami sesama kami..
Ya Allah,Engkau jadikanlah cinta yang wujud antara kami...sebagai cinta yang ikhlas hanya keranaMu..
Ya Allah,Engkau jadikanlah kami hamba2Mu yang soleh dan solehah..Moga kami sentiasa berada di bawah payung redhaMu..
Aamiin Ya Rabbal 'Alamin
Duhai sahabat, aku merinduimu
No comments:
Post a Comment