Tuesday, October 30, 2012

HAKIKAT UJIAN

السلام عليكم 


Baru sekarang ana sedar,setiap post yang ana tulis tetang ujian dalam blog ana ni...adalah berkaitan ujian yang mungkin ramai orang anggap sebagai musibah.So,kali ni,ana fikir,ana nak jelaskan tentang hakikat ujian.
Sebenarnya,kalau kita fikir2kan semula,kita diuji setiap saat kita hidup.Selagi kita bernafas,kita diuji.Tidak kira sama seseorang itu seorang Muslim atau kafir,dia tetap diuji oleh Allah.Didalam Al-Qur'an,dalam surah Al-'Ankabut,ayat 2 dan 3,Allah berfirman yang bermaksud:
 Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (2) Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (3) 
Kedua ayat ini jelas menyatakan bahawa setiap manusia akan menerima ujian dari Allah.Ujian mempunyai pelbagai bentuk.Cuba kita fikirkan semula,pada saat ini,kita sedang bernafas,membaca dan melakukan pelbagai macam aktiviti.Bukankah ini semua ni'mat Allah kepada kita?Kita yang dilahirkan dalam agama Islam,hidup dengan agama Islam sebagai pegangan kita...bukankah ini ni'mat yang cukup besar yang Allah berikan pada kita?Ni'mat hidup sahaja sudah cukup besar.Ini semua sebenarnya adalah sebahagian dari ujian yang Allah berikan kepada kita.Dia ingin melihat sama ada kita akan bersyukur dengan ni'mat yang Dia berikan.Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah,ayat 152 yang bermaksud:
Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). (152)
Dia telah mengingatkan kita supaya bersyukur dengan segala ni'mat yang Dia berikan kepada kita.Namun,jikalau kita renungkan semula,kita seringkali lalai,leka dengan segala ni'mat yang kita dapat.Moga kita boleh bersama membuang sifat2 sebegitu dari dalam diri kita dan jauhkan diri kita daripadanya.

Seterusnya,kita ke bahagian ujian yang dikatakan sebagai musibah pulak.
Ini ana ambil dari majalah solusi,isu nombor 19,tahun 2010 :
Terdapat 3 jenis musibah(walaupun pada hakikatnya musibah itu sama sahaja).3 jenis musibah ini adalah berbeza disebabkan keadaan diri yang menerimanya dan bagaimana dia bertindak ketika menghadapi muisbah tersebut.
1-Kaffarah
   Musibah yang berlaku ke atas orang2 yang baik yang ketika itu dia terlanjur melakukan kejahatan kerana kelalaian dan tidak mampu menahan hawa nafsu.Musibah ini adalah untuk menebus semula kesalahannya itu dan untuk menghapuskan dosanya itu.Ringkasnya,kaffarah adalah ujian untuk orang baik yang terbuat jahat
2-Bala
   Satu bentuk ujian yang dikenakan ke atas orang jahat yang melakukan kejahatan..Musibah yang menimpanya adalah sebagai hukuman dari Allah atas perbuatan jahatnya.
3-Ibtila'
   Musibah yang dikenakan ke atas orang baik yang melakukan kebaikan..Musibh yang menimpanya ini adalah tanda kasih sayang Allah kepadanya.Dengan ibtila',orang itu akan mendapat pahal berganda dan ditinggikan darjatnya di sisi Allah.Antara mereka yang mendapat ibtila' ini ialah para anbiya',siddiqin,syuhada' dan solihin.
Maaflah...untuk bahagian yang ana petik dari majalah solusi ni,ana nak sertakan dalilnya sekali,tapi tak berkesempatan(ada hal lain pulak)..Asif jiddan..

Dan ana ingin minta maaf jugak...kerana buat masa ni,ni saja yang dapat ana nyatakan dahulu.Mungkin banyak lagi hakikat ujian yang boleh diterangkan,tetapi masa kurang mengizinkan..Idea pun kurang ni.. :P
Actually,bab masa,idea,ana OK lagi,ana boleh fikirkan dulu,cari masa dulu..Tapi,exam season tak tamat lagi.so,kena study laa..hehe
OK..Tu saja dulu untuk post kali ni..Asif jiddan


No comments:

Post a Comment