Monday, December 16, 2013

UKHUWAH

Ukhuwah itu indah
kerna ia suatu anugerah
kurniaan Dia Yang Maha Pemurah

Ingatlah,
Pentingnya sebuah ukhuwah itu
Sehingga ia turut diambil berat,
Disebut dalam kitab Allah..

Ingatlah,
indahnya sebuah ukhuwah itu
apabila Iman dan Taqwa 
menjadi asas binaan dan pengukuh ukhuwah itu

Peliharalah ia walau diuji musibah..
Ingatlah amaran kekasih Allah,
Tiada syurga mahupun baunya 
bagi pemutus sesebuah ukhuwah.

~Aku sayangkan kamu duhai temanku
  ikhlas kerana Allah~

No comments:

Post a Comment