Thursday, May 2, 2013

EXAM SEASON IS HERE!!!

السلام عليكم 

Exam season is here!!!
Alhamdulillah,2 paper untuk peperiksaan pertengahan tahun(PPT) kali ni dah lepas.Satu hari tamat,cuti pulak..Ada jugak laa masa nak study lagi..Tak sangka jugak,masa berlalu dengan cepat.Mungkin ana agak terlebih relax dan fokus pada hal lain punya pasal kot sampai terlambat sikit sedar masanya dah tak lama lagi..SPM tak lama dah..Berapa bulan jaa lagi..Trial SPM pulak,tak ada tahun ni..Tapi tu tak bermaksud student form 5 boleh relax,goyang kaki jaa..Gelabah laa sikit ye..Jangan kita lupa,SPM ni penting untuk kita.
Sekarang,PPT pun dah mula..bukan mudah tapi In Shaa Allah,dengan keazaman,ana nak berusaha lagi.Tak mau ketinggalan lagi dah macam sebelum ni..
Sama2lah kita semua student form 5 berusaha yek..Moga kejayaan yang cemerlang dalam SPM milik kita..Aamiin..  :)



Lepas ni,nak prepare untuk pertandingan MISS pulak..Dah confirm dah dengan ustazah yang ana nak masuk...tapi tarikhnya pun ana tak tau bila lagi..Baru mesyuarat haritu..Kena ready jelaa..Hafal3!!In Shaa Allah,boleh berjaya nanti..
Pada masa yang sama,sama2lah kita cuba tabahkan hati,kuatkan Iman dalam menempuh semua dugaan dan ujian yang datang dari Allah..Macam lirik dalam satu lagu nasyid,"Jangan jangan kita lupa...ujian lumrahnya dunia".. Faham maksud ana kan?
Moga Allah bantu kita dalam menempuh hidup ni..

Ya Allah,
Andai semua ujian ini merupakan teguran dariMu,kami mengerti..Bantulah kami,kuatkanlah kami untuk menghadapi semua ujian ini dengan sebaik mungkin.Kuatkanlah Iman kami agar kami boleh sentiasa sabar dan redha dengan segala ketentuanMu..
Ya Allah,peliharalah hubungan kami dengan semua orang yang kami kasihi,hubungan kami dengan makhluk2Mu dan peliharalah hubungan kami denganMu ya Allah..
Ya Allah,berikanlah kepada kami kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat..Jadikanlah kami semua Muslimin dan Muslimat,Mu'minin dan Mu'minat yang beriman kepada dengan sebenar-benar Iman dan yang bertaqwa kepadaMu dengan seteguh-teguh Taqwa..Jadikanlah kami semua penghuni syurgaMu,bukanlah penghuni nerakaMu..
Aamiin..



p/s:sekarang ni hujan turun ni..Moga dalam hati kita juga akan ada 'hujan' yang boleh mensucikan semula hati kita...dan,moga mata kita bisa mengalirkan air yang membuktikan keinsafan kita..Aamiin..






أستغفر الله 

1 comment: