Alhamdulillah,ana telah mendapat teguran dari Dia..Sebelum ni,ana telah membiarkan diri ana perlahan-lahan hanyut dengan kehidupan dunia,lalai dengan ni'mat yang diperoleh..Terkadang ana sedar akan realiti buruk ini,tetapi usaha yang ana lakukan untuk keluar dari kelalaian ini umpama tiada langsung..
Alhamdulillah,moga inilah tanda yang Dia masih menyayangi diri ini..Seperti yang ana sendiri tahu dari dulu lagi,jikalau kita ditimpa sebarang bentuk musibah,ia mungkin sekali menandakan bahawa Dia masih ingat dan sayang pada kita.Maka kita sebaiknya berdo'a moga musibah itu menjadi suatu cara untuk dia menghapuskan dosa2 kita.Kadangkala,kita tidak sedar bahawa kita semakin jauh dari dia..Dan musibah yang menimpa kita itu mungkin sebagai teguran dari Dia..Kerana sayang,Dia inginkan kita kembali pada Dia.
Allah itu Maha Penyayang,kan?
(lihat balik post ana sebelum ni yang bertajuk Hakikat Ujian kalau ingin keterangan tentang musibah)
Oleh itu,memang dah jelas kita perlu banyak berdo'a pada Dia.
Alhamdulillah,kini,ana sedar akan kesalahan yang ana telah banyak lakukan..Alhamdulillah,Dia menegur ana..
Kini,ana perlu berusaha sebaik mungkin bagi memastikan matlamat hijrah yang ingin ana capai dapat dicapai dengan hati yang ikhlas dalam berhijrah..
Ayuh,tak kira sebaik mana pun diri kita,sehebat mana pun diri kita,sekuat mana pun diri kita,kita sama2 berusaha,berjuang bagi mencapai matlamat hidup seorang Muslim!!
اَللَّهُمَّ اجْعَلْنَا مِنَ الصَّالِحِين
آمين
http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/4631-apabila-ditimpa-musibah.html
No comments:
Post a Comment