السلام عليكم
Alhamdulillah,dapat jugak ana nak menulis lagi di blog ana ni..
Hmm...agak2 apa khabar sahabat2 ana?Ana nak lagi spend time dengan diorang..Rindu rasanya nak jumpa,bersembang lagi dengan diorang..Ana pun tak tau nak kata rindu macam mana..hehe..Banyak yang ana nak kongsikan dengan diorang...and mungkin diorang pun sama..
Sekarang ni,tiap2 kali ana tengok bulan(especially bulan penuh),ana akan teringat sahabat2 ana...and ana akan berharap diorang pun sedang memandang bulan yang sama,ana berharap diorang tak lupa ana.
Duhai sahabatku,apa khabar engkau di sana?Aku benar2 berharap,engkau dalam keadaan yang baik(fizikal,mental dan spiritual).Aku benar2 berharap,engkau tidak lupa akan aku..Aku berharap,berdo'a dengan setulus hatiku...moga ukhuwah,hubungan,jalinan yang terbina antara kita tidak akan putus,tidak akan tercemar dek hasutan syaitan dan nafsu serta fitnah dunia.Aku mengharapkan...moga ukhuwah,hubungan,jalinan antara kita akan berkekalan buat selama-lamanya,hingga ke syurgaNya...bersama redhaNya..Aamiin..
Tidak kira jauh atau dekat,kasih antara kita tak kan hilang..kita tetap bersama..Ayuh sahabatku,kita kukuhkan lagi jalinan ini...agar ianya tak akan hilang dalam arus kehidupan...agar ia kan berkekalan..
Ya Allah,Engkau berkatilah,Engkau redhailah hubungan yang terbina antara kami.Janganlah Engkau jauhkan,pisahkan,renggangkan kami dari sesama kami.Engkau peliharalah hubungan kami ini,rahmatilah ia dan bawalah hubungan kami ini hingga ke syurgaMu..Jadikanlah kami hamba2Mu yang soleh dan solehah.
Aamiin..
Moga Allah akan bantu kita untuk terus kuat dalam menghadapi segala dugaan,ujian daripada Dia.Biiznillah,semua yang berlaku ini ada hikmah yang tersedia bagi kita.Aku akan terus berdo'a untuk kita..
Aku sentiasa mengharapkan hanya yang terbaik untuk diriku dan orang2 yang aku sayangi..Kenangku di dalam do'amu..Semoga Allah melimpahkan barakahNya ke atas kita.Aamiin..
~Duhai sahabatku,aku menyayangimu...setulus hatiku..ikhlas hanya kerana Dia Yang Maha
Menyayangi~
ya mujahid.... insyallah..biiznillah..
ReplyDelete