Perpisahan ini
Terasa amat memeritkan
Wahai sahabatku,
Perjalanan ini
Terasa sunyi tanpamu
Wahai sahabatku,
Perjuangan ini
Terasa sukar
Tanpa kau di sisiku
Wahai sahabatku,
Maafkanlah aku
Atas segala kesalahanku
Wahai sahabatku,
Janganlah engkau
Lupakan aku
Ketahuilah,
Bahawa aku
Tidak kan sesekali
Mahu melupakanmu
Wahai sahabatku,
Kenangan kita bersama
Sentiasa di ingatanku
"Ya Allah,
Kuatkanlah aku
Dalam menghadapi
UjianMu ini
Moga ujian ini
Bisa menjadikan aku
HambaMu yang soleh"
Wahai sahabatku,
Ayuh
Kita sama-sama
Teruskan perjuangan,
Jihad ini
Hingga ke akhirnya
assalamualaikum sahabatku..... rndu nya kt shbt sorg ni.... kheifahaluk? sihat ka? lamanya bulan 6 tu...bnyk nk share dgn shbt sorg ni.... nnti space msa tuk khusnul tw.... daaaaa
ReplyDeleteWa'alaikumussalam,sahabatku....Alhamdulillah..
ReplyDeletespace masa?kurang jelas laa..sorry..:P